Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft xbox vs sony playstation

Perang Konsol Tamat, Microsoft Akui Sony Adalah Pemenang

Diterbitkan November 10, 2022 · Dikemas kini November 10, 2022 oleh Firdaus

Microsoft sendiri dilaporkan akui bahawa Sony adalah pemenang dalam perseteruan konsol antara 2 syarikat gergasi teknologi itu.

Asalnya, pemerolehan Microsoft ke atas Activision Blizzard masih belum dimuktamadkan lagi. Tambahan lagi, banyak sumber yang menyatakan pemerolehan itu adalah untuk memiliki banyak games Activision.

Oleh itu, permainan video seperti Call of Duty akan menjadi milik Microsoft walhal selama ini francais tersebut sudah sinonim sebagai eksklusif PlayStation.

call of duty

Malang tidak berbau, Suruhanjaya Eropah telah membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat usaha pemerolehan Microsoft ke atas Activision Blizzard itu.

Berkaitan

  • Dimensity 9200 Rasmi, Sokong RAM LPDDR5X Dan Storan UFS 4.0
  • Tidak, Kirin Tidak Akan Kembali Tahun Depan - Huawei
  • Apple Lebih Bernilai Dari 3 Syarikat Gergasi Dunia Ini Buat Masa Sekarang
  • Mechamato Animasi No 11 Terbaik Di Tokyo Anime Awards Festival
  • Catat Banyak Kerugian, Meta Berhentikan Lebih 11,000 Pekerja

Suruhanjaya tersebut mendakwa tindakan Microsoft membeli Activision Blizzard boleh menjejaskan kestabilan pasaran yang sedia ada dengan mengurangkan persaingan.

Siasatan tersebut dijangka mengambil masa dalam 90 hari bekerja. Kita mungkin akan dapat mengetahui keputusan muktamad siasatan tersebut pada 23 Mac, 2023 depan.

playstation 5 pro

Dalam respons kepada siasatan ini, pihak Microsoft sendiri mengakui Sony adalah peneraju dalam industri yang diceburi kedua-dua syarikat itu.

Sumber: Android Authority

Gambar utama: Wired

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY