Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Langgar Garis Panduan Komuniti, Microsoft Ambil Tindakan Terhadap 4.78 Juta Akaun Xbox

Langgar Garis Panduan Komuniti, Microsoft Ambil Tindakan Terhadap 4.78 Juta Akaun Xbox

Diterbitkan November 15, 2022 oleh Amalina Athman

Melalui Laporan Ketelusan Digital pertama untuk platform permainan Xbox, Microsoft mendedahkan bahawa syarikat itu telah mengambil tindakan proaktif terhadap 4.78 juta akaun yang melanggar garis panduan komunitinya, sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2022.

Berkaitan

  • Microsoft Rugi Hampir RM1,000 Untuk Setiap Konsol Xbox
  • Perang Konsol Tamat, Microsoft Akui Sony Adalah Pemenang

Daripada jumlah berkenaan, 4.33 juta adalah melibatkan akaun yang digunakan secara tidak sah. Microsoft menyatakan akaun tersebut memberi kesan kepada pemain dalam pelbagai cara termasuk penghasilan mesej yang tidak diminta (spam), memudahkan aktiviti menipu yang mengganggu permainan serta tindakan lain yang menjejaskan pengalaman pemain.

Langgar Garis Panduan Komuniti, Microsoft Ambil Tindakan Terhadap 4.78 Juta Akaun Xbox

Sementara itu, baki selebihnya termasuk akaun dengan kandungan dewasa, penipuan, gangguan atau buli, penggunaan kata-kata kesat dan pancingan data. Bagi kategori lain termasuk pengubahan akaun, cetak rompak, spam, pengiklanan dan sebagainya.

Dinyatakan, terdapat tiga tindakan yang diambil apabila melanggar Piawaian Komuniti yang ditetapkan. Antaranya adalah kandungan akan dialih keluar, akaun pemain akan digantung sementara atau kedua-duanya sekali.

Gambar utama: News World Tick

Sumber: Xbox

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY