Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xbox series x

Microsoft Rugi Hampir RM1,000 Untuk Setiap Konsol Xbox

Diterbitkan November 7, 2022 · Dikemas kini November 7, 2022 oleh Firdaus

Berdasarkan CNBC, Phil Spencer menyatakan Microsoft telah memberikan subsidi sekitar USD100 (~RM474.80) ke USD200 (~RM949.60) dalam penghasilan setiap konsol Xbox.

Kita boleh katakan yang Microsoft menghadapi kerugian dalam nilai tersebut untuk setiap unit Xbox yang dihasilkan. Hal ini demikian kerana konsol tersebut menawarkan perkakasan yang berprestasi untuk harga jualannya.

konsol Xbox Series X

Contohnya, Xbox Series X dijual pada tanda harga USD500 ( dan ia dalam segmen harga yang sama dengan PS5). Tambahan lagi, konsol tersebut menawarkan prestasi pengalaman permainan video pada resolusi 4K.

Berkaitan

  • Infinix Lancar Siri HOT 20 - 2 Model Diperkenalkan, Harga Bermula RM499
  • GoW Ragnarök Optimum Pada Konsol PS4 Tetapi Tidak Pada PS5
  • Cepat Muat Turun Judul Permainan Paling Popular Di Steam Ini Secara Percuma Sebelum Kempen Tamat
  • Cara Tingkatkan "Gaming Performance" Pada Windows 11
  • Diablo IV Dikhabarkan Bakal Dilancar Pada April 2023

Walau bagaimanapun, Microsoft dijangka dapat menebus kerugian itu melalui jualan aksesori dan digital. Selain itu, mereka juga menaruh harapan besar ke atas perkhidmatan Xbox Game Pass kepada pengguna.

Bayangkan syarikat ini telah berjaya mencatatkan pendapatan melebihi USD2.9 bilion (~RM13.77 bilion) daripada segmen langganan sahaja pada 2021 lepas.

Sumber: CNBC, tech4gamers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY