Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna iPhone Kelak Boleh Pindahkan ‘Chat’ WhatsApp Tanpa iCloud

Pengguna iPhone Kelak Boleh Pindahkan ‘Chat’ WhatsApp Tanpa iCloud

Diterbitkan Mei 3, 2023 · Dikemas kini Mei 3, 2023 oleh Amalina Athman

Beberapa hari lepas, WhatsApp telah memperkenal ciri pindahkan ‘chat’ tanpa perlu melakukan sandaran (backup) ke Google Drive, dalam kemas kini WhatsApp beta untuk Android 2.23.9.19.

Terbaharu, ciri yang sama dilaporkan turut tersedia untuk sebilangan penguji beta yang mengemas kini WhatsApp beta versi iOS 23.9.0.72.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Ciri Pengesahan Baharu Untuk Tukar Akaun Ke Peranti Lain
  • Rasmi, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Pautkan Satu Akaun Pada Empat Telefon
  • WhatsApp Perkenal Ciri Pindahkan 'Chat' Tanpa Google Drive Kepada Pengguna Beta

Seperti yang dikongsi dalam tangkap layar, ciri “Transfer Chats to iPhone” tersedia di bahagian WhatsApp Settings > Chats.

Pengguna iPhone Kelak Boleh Pindahkan ‘Chat’ WhatsApp Tanpa iCloud

Sama seperti WhatsApp beta untuk Android, ciri ini membolehkan pengguna memindahkan perbualan ke iPhone lain tanpa perlu bergantung pada sandaran di iCloud.

Menurut WABetaInfo, untuk memindahkan sejarah perbualan, pengguna hanya perlu memuat turun WhatsApp pada iPhone baharu, daftar dengan nombor telefon yang sama dan menggunakan peranti lama untuk mengimbas kod QR yang ditunjukkan pada telefon baharu.

Dengan ciri ini, sudah tentunya memberikan kelebihan dan memudahkan pengguna. Terutamanya apabila sejarah perbualan tidak dapat disimpan ke iCloud kerana melebihi had storan percuma 5GB dan pengguna tidak mahu menaik taraf storan iCloud.

Bagaimanapun, untuk jangka masa panjang, suka saya ingatkan sandaran ke storan awan masih perlu dilakukan sebagai persediaan jika sesuatu berlaku pada iPhone yang digunakan.

Sehingga kini, ia hanya tersedia untuk sebilangan pengguna WhatsApp beta iOS dan dijangka akan diperkenal kepada lebih ramai pengguna kelak.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY