Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Uji Paparan Iklan Tidak Boleh Langkau

Pengguna Instagram Kini Terima 4 Ciri Baharu

Diterbitkan Ogos 28, 2024 · Dikemas kini Ogos 28, 2024 oleh Amalina Athman

Instagram kini mengumumkan sejumlah ciri baharu, memberikan keupayaan kepada pengguna menghasilkan kandungan kreatif dalam cara tersendiri. Antaranya termasuk peningkatan had perkongsian foto dan video, animasi teks, tambah lapisan imej pada foto dan sebagainya.

Had foto dan video dalam siaran tunggal

Awal bulan ini, Instagram telah meningkatkan had carousel kepada sehingga 20 foto dan video dalam satu siaran tunggal.

Instagram feature baru_4

Tambah teks dan lapisan imej dalam foto

Pengguna kini boleh menambah teks dan lapisan imej ke dalam foto sebelum berkongsinya dalam siaran Instagram.

Untuk menggunakan ciri ini, hanya perlu klik pada ikon teks selepas memilih foto daripada galeri telefon. Pengguna juga boleh menambah lapisan imej dengan klik pada butang galeri di bahagian kanan atas skrin.

Pengguna Instagram Kini Terima 4 Ciri Baharu

Sementara itu, tap pada lapisan imej yang ditambah akan berubah kepada bentuk petak, bulat, bintang dan sebagainya – seperti di Instagram Stories.

Instagram Stories berbentuk muzik

Dengan ciri baharu “Music”, ia membolehkan pengguna memuat naik Instagram Stories berbentuk muzik sahaja – tanpa perlu meletakkan sebarang video atau foto terlebih dahulu.

Pengguna Instagram Kini Terima 4 Ciri Baharu

Font baharu, animasi teks

Selain tiga ciri di atas, Instagram turut menambah font baharu, animasi dan kesan khas pada teks. Ciri ini tersedia di Instagram Stories dan Reel.

Caranya, tap pada butang teks dan setelah jenis tulisan dipilih, pengguna boleh menganimasikan teks atau menambah kesan khas.

Instagram feature baru_1

Seperti biasa, ciri baharu ini dilancarkan secara berperingkat dan mungkin mengambil masa sebelum tersedia untuk semua pengguna.

Berkaitan

  • Boleh Main "Brick Breaker" Di Instagram, Ini Caranya
  • Instagram Bangunkan Ciri Kongsi Akses Akaun Tanpa Dedahkan Kata Laluan
  • Pengguna Instagram Kini Boleh Tambah Sehingga 20 Audio Pada Satu Reel
  • Seakan Myspace, Pengguna Instagram Kini Boleh Tambah Lagu Pada Profil

Sumber: Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY