Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Uji Paparan Iklan Tidak Boleh Langkau

Instagram Bangunkan Ciri Kongsi Akses Akaun Tanpa Dedahkan Kata Laluan

Diterbitkan Jun 27, 2024 oleh Amalina Athman

Instagram dilaporkan sedang membangunkan ciri perkongsian akses, yang membolehkan pemilik akaun menjemput pengguna lain untuk mengakses akaun mereka.

Berkaitan

  • Instagram Uji Paparan Iklan Tidak Boleh Langkau
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pengguna Instagram Kini Boleh Buat 'Live' Untuk Pengikut Terpilih

Melalui tangkap layar yang dikongsi oleh Alessandro Paluzzi, pengguna boleh menjemput sehingga 3 orang untuk memberikan akses menyiarkan kandungan, mengurus mesej dan banyak lagi – tanpa perlu berkongsi kata laluan akaun.

Bagi mengekalkan keselamatan akaun, orang yang dijemput tidak boleh melumpuhkan akaun atau menyunting beberapa ciri termasuk nama pengguna dan kata laluan.

Instagram Bangunkan Ciri Kongsi Akses Akaun Tanpa Dedahkan Kata Laluan

Selain itu, pemilik akaun juga boleh melihat siapa yang mempunyai akses kepada akaun dan mengalih keluar pada bila-bila masa.

Buat masa ini, ciri perkongsian akses masih dalam pembangunan dan belum diketahui jika dan bila ia akan tersedia kepada umum.

Sumber: Alessandro Paluzzi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY