Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram 20 Audio_1

Pengguna Instagram Kini Boleh Tambah Sehingga 20 Audio Pada Satu Reel

Diterbitkan Julai 17, 2024 · Dikemas kini Julai 17, 2024 oleh Amalina Athman

Instagram kini membenarkan pengguna untuk menambah sehingga 20 trek audio pada satu Reel.

Ketua Instagram Adam Mosseri berkata apabila menambah berbilang audio pada Reel, pengguna akan menghasilkan audio campuran unik yang boleh disimpan dan digunakan semula oleh pengguna lain.

https://www.instagram.com/p/C9fcNV2xsGm/?img_index=4

Sebelum ini, pengguna hanya boleh menambah satu lagu sahaja pada Reel. Tetapi kini ia menyokong berbilang trek, serta boleh diselaraskan dengan teks, pelekat dan klip semasa menyuntingnya dalam Instagram.

Pengguna Instagram Kini Boleh Tambah Sehingga 20 Audio Pada Satu Reel

Untuk menggunakan ciri ini, klik pada butang “Add to mix” yang muncul dalam editor video Instagram. Dari situ, pengguna boleh memilih audio yang ingin disertakan, bahagian audio yang hendak digunakan dan diletakkan dalam video.

Selepas menyiarkan Reels, Instagram akan melabelkan audio campuran tersebut sebagai kepunyaan pengguna itu sendiri.

Pengguna lain juga boleh melihat semua trek yang disertakan di dalamnya dan melihat butang “use audio mix” dalam video mereka sendiri.

Dari segi ketersediaan, ciri berbilang trek audio telah pun dilancarkan bermula hari ini, secara berperingkat.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pengguna Instagram Kini Boleh Buat 'Live' Untuk Pengikut Terpilih
  • Instagram Bangunkan Ciri Kongsi Akses Akaun Tanpa Dedahkan Kata Laluan

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY