Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-13T104745.082

Boleh Main “Brick Breaker” Di Instagram, Ini Caranya

Diterbitkan Mei 13, 2024 oleh Muhd Idham

Pada bulan Mac yang lepas, Instagram telah membuat kemas kini untuk ciri dalam aplikasinya yang mana ia akan memudahkan pengguna, seperti mesej boleh diedit dalam tempoh masa 15 minit, mengikuti perkembangan tanda pagar melalui notifikasi dan lain-lain lagi.

Walaupun begitu, terdapat satu lagi ciri baharu yang dimasukkan ke dalam aplikasi Instagram yang mana tidak ramai pengguna media sosial tahu akan kehadirannya iaitu permainan ‘Emoji Ping Pong‘.

Boleh Main “Brick Breaker” Di Instagram, Ini Caranya

Cara bermain adalah lebih kurang sama sahaja dengan permainan klasik Brick Breaker tetapi kali ini tiada dinding bata yang perlu untuk anda pecahkan bagi pengumpulan mata.

Mata akan dikumpul berdasarkan jumlah emoji yang dapat dipantul menggunakan palang bar.

Peringkat permainan akan berubah setiap lima mata yang terkumpul dari sudut kelajuan bola dan warna latar belakang.

Cara bermain

Pergi ke bahagian ‘Messages’ di aplikasi Instagram anda dan buka salah satu ruangan bual sama ada kumpulan ataupun peribadi.

Hantar mesej dalam bentuk satu emoji sahaja, tekan emoji tersebut dan anda sepatutnya telah masuk dalam halaman permainan .

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2024/05/VID_20240513_103004.mp4

Mata tertinggi sepanjang masa akan dipaparkan di bahagian atas kanan.

Selamat mencuba.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Hot Wheels Keluarkan Edisi Eksklusif RLC Nissan Skyline GT-R (R34) Berharga ~RM118
  • Peranti Pintar Motorola Dan Lenovo Kini Diharamkan Dijual Di Jerman
  • Bumi Sedang Alami Ribut Solar Selaju 800KM/saat, Berpotensi Cetus Gangguan Radio

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY