Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iMac M1

Pengguna iMac M1 Laporkan Isu Paparan Selepas jaminan Tamat

Diterbitkan Oktober 8, 2024 · Dikemas kini Oktober 8, 2024 oleh ariff bukhari

Terdapat peningkatan bilangan pemilik Apple iMac M1 yang melaporkan isu paparan yang sama, sekali gus menunjukkan masalah ini adalah kecacatan perkakasan yang berpunca daripada pihak Apple.

Laporan awal mengatakan beberapa model iMac M1 24 inci mengalami garisan mendatar gelap pada skrin mereka yang disedari pertama kali muncul lebih setahun yang lalu.

Tidak jelas berapa ramai yang telah terjejas, walaupun aduan itu muncul di beberapa forum dalam talian, termasuk Reddit dan halaman sokongan Apple sendiri.

isu imac m1

Garisan gelap pada skrin iMac itu kekal walaupun selepas komputer itu dimulakan semula.

Pengguna mengatakan bahawa masalah itu tidak muncul pada paparan luaran yang disambungkan ke iMac, menunjuk kepada isu skrin dan bukannya sesuatu yang menjejaskan iGPU.

Sesetengah pemilik mengatakan sudut iMac menjadi sangat panas sebaik sahaja garisan muncul.

Seorang pemilik yang terjejas berkata mereka telah menghubungi pasukan sokongan Apple mengenai isu tersebut.

Seorang juruteknik Apple memberitahu mereka bahawa masalah itu berkaitan dengan kabel fleksibel yang terletak di bahagian atas skrin.

Kabel itu perlu mengekalkan voltan sekitar 50V apabila kecerahan paparan ditetapkan kepada tinggi atau maksimum.

Tetapi selepas kira-kira 2 tahun, kabel itu mula terbakar dan kualitinya merosot pada penyambung, menyebabkan litar pintas yang mengakibatkan garis hitam mendatar muncul.

Ini bermakna walaupun anda menggantikan skrin, garisan mungkin akan kembali dalam beberapa tahun kemudian.

Ekoran itu,pengguna mencadangkan bahawa masalahnya berpunca daripada kecacatan reka bentuk, kecacatan pada komponen atau penggunaan komponen yang tidak memenuhi piawaian Apple.

Kos pembaikan pastinya akan membebankan khususnya kepada pemilik model iMac M1 yang dilancarkan pada 2021, menandakan jaminan mereka telah tamat tempoh, di mana mereka perlu membayar antara $600 (~RM2,500) hingga $700(~RM3000) untuk kos pembaikan paparan iMac tersebut.

Tapi isu ini mungkin tidak begitu terkesan kepada pemilik yang membeli jaminan tambahan AppleCare+ untuk iMac mereka.

Berkaitan

  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya
  • Malaysia Akan Beralih Daripada Protokol Internet Versi 4 (IPv4) Kepada IPv6 
  • Pengguna Android Mula Terima Ciri Anti Kecurian Baharu, Telefon Dicuri Tidak Boleh Dijual

Sumber: TechSpot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY