Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Chrome Segera, Anda Mungkin Terdedah Kelemahan Keselamatan ‘Kritikal’

Kemas Kini Chrome Segera, Anda Mungkin Terdedah Kelemahan Keselamatan ‘Kritikal’

Diterbitkan November 30, 2023 · Dikemas kini November 30, 2023 oleh Amalina Athman

Google kini mengeluarkan kemas kini keselamatan ‘kritikal’ untuk pengguna Chrome pada Windows, Mac dan Linux, bagi menampal kelemahan keselamatan zero-day yang boleh menjadikan sistem terdedah kepada kecurian data dan serangan siber lain.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Kedudukan Bar Carian Aplikasi Google Android Sekali Lagi Diubah
  • Halaman Google Drive PC Akan Berubah Dan Lebih Mudah

Melalui laman Chrome Releases, syarikat itu mengakui wujudnya eksploitasi untuk kelemahan keselamatan (dijejaki sebagai CVE-2023-6345).

Google is aware that an exploit for CVE-2023-6345 exists in the wild.

Bagi menangani kerentanan itu, Google telah mengeluarkan kemas kini Chrome versi 119.0.6045.199/.200 untuk pengguna Windows serta 119.0.6045.199 untuk pengguna Mac dan Linux.

Kemas kini dengan 7 tampalan keselamatan itu dilepaskan secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari/minggu akan datang.

Kemas Kini Chrome Segera, Anda Mungkin Terdedah Kelemahan Keselamatan ‘Kritikal’

Bagi mengelakkan sistem dibiarkan terdedah, pengguna disarankan mengemas kini secara manual kepada versi terkini dalam tetapan Google Chrome. Bagaimanapun, sekiranya telah menetapkan kemas kini untuk Chrome secara automatik, pengguna mungkin tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Dalam pada itu, Google menjelaskan akses kepada butiran pepijat dan pautan mungkin tidak akan didedahkan sehingga majoriti pengguna mengemas kini dengan pembetulan itu.

Syarikat itu juga tidak akan mendedahkannya jika pepijat wujud dalam library pihak ketiga yang bergantung kepada projek lain, tetapi masih belum diperbaiki.

Sumber: BleepingComputer

Gambar utama: The Hacker News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY