Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem PADU Rasmi Dibuka Untuk Pendaftaran Dan Kemas Kini

Pengguna Digesa Daftar PADU Sekarang, Jangan Tunggu Saat Akhir

Diterbitkan Februari 2, 2024 oleh ariff bukhari

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk segera mendaftar di sistem Pangkalan Data Utama (PADU), bukan mendaftar di saat akhir.

Itulah gesaan yang dibuat Ketua Perangkaan, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin hari ini. Malah pihaknya mendapati, warga emas adalah lebih ramai mendaftar berbanding anak muda yang kebanyakkannya mahir dengan IT.

Seperti semua tahu, pendaftaran PADU telah pun dibuka sejak 2 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Mac 2024 nanti bagi membolehkan pengguna mendaftar dan mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti maklumat asas, isi rumah, pekerjaan dan lain-lain.

Sistem PADU dilancarkan dengan tujuan menghentikan ketirisan dana bagi memastikan golongan yang sepatutnya layak terima subsidi tidak tercicir dan penyasaran subsidi yang lebih berkesan.

Pendaftaran dan mengemas kini PADU boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan padu.gov.my atau di Pejabat Operasi Negeri DOSM dan PEDi terdekat.

Dalam perkembangan berkaitan, sehingga 1 Februari 2024 jam 11.59 malam, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu  dalam PADU baru mencapai seramai 2.38 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran.

Pengguna Digesa Daftar PADU Sekarang, Jangan Tunggu Saat Akhir

Berkaitan

  • Prasarana Tawar Tambang Percuma Untuk Golongan OKU
  • Pengguna Tertipu Dengan Scammer, Negara Rugi Lebih RM1.3 Bilion
  • Portal AI Untuk Rakyat Digantung Sementara Waktu

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY