Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna CIMB Clicks Disaran Kemas Kini Aplikasi Kepada Versi Terkini

Pengguna CIMB Clicks Disaran Kemas Kini Aplikasi Kepada Versi Terkini

Diterbitkan Oktober 8, 2022 · Dikemas kini Oktober 8, 2022 oleh Amalina Athman

CIMB baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pengguna perbankan mudah alih CIMB Clicks disaran untuk mengemas kini aplikasi kepada versi terkini sebelum 8 Oktober 2022.

Berkaitan

  • Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian
  • Terhad 1 Peranti Untuk Sahkan Transaksi Mulai Bulan Depan, OTP Melalui Aplikasi Tahun 2023 - CIMB
  • Kami Sudah Ada Sistem Canggih Yang Mampu Kesan Transaksi Berisiko Tinggi - CIMB

Melalui e-mel yang dihantar kepada pengguna, CIMB menyatakan kemas kini tersebut bertujuan untuk memastikan keselamatan secara berterusan serta mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan perbankan mudah alih.

Pengguna CIMB Clicks Disaran Kemas Kini Aplikasi Kepada Versi Terkini

Untuk menyemak jika aplikasi telah dikemas kini kepada versi terbaharu (iOS: 6.1.97, Android: 4.1.97) atau sebaliknya, ianya boleh dilakukan dengan cara:

  1. Buka aplikasi CIMB Clicks.
  2. Tekan pada ikon “?” di bahagian atas kanan pada skrin utama aplikasi.
  3. Tatal ke bahagian paling bawah untuk melihat maklumat versi aplikasi.

Dalam pada itu, CIMB turut memaklumkan sekiranya mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan aplikasi, pengguna disarankan untuk memadam dan muat turun semula aplikasi CIMB Clicks.

Sumber: CIMB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY