Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 17_MacRumors

Pengguna Boleh Kekal Dengan iOS 17 Dan Terima Tampalan Keselamatan Terkini

Diterbitkan September 11, 2024 ยท Dikemas kini September 11, 2024 oleh Amalina Athman

Apple telah pun mengesahkan iOS 18 akan dilancarkan secara umum pada minggu depan, iaitu 17 September 2024.

Kemas kini ini akan membawakan sejumlah ciri baharu, tetapi sebilangan pengguna mungkin tidak mahu memasangnya serta-merta untuk mengelakkan pepijat atau isu berkaitan aplikasi yang mungkin belum serasi sepenuhnya dengan iOS 18.

Berikutan itu, Apple akan membenarkan pengguna untuk kekal menggunakan iOS 17 dan mendapatkan tampalan keselamatan terkini.

Ketika ini, syarikat itu telah pun mengeluarkan iOS 17.7 RC bersama iOS 18.0 RC. Kemas kini itu nampaknya tidak menambah sebarang ciri baharu, tetapi membawa tampalan keselamatan dan pembetulan pepijat kepada iOS 17.

Apple dijangka akan mengeluarkan iOS 17.7 versi stabil secara serentak dengan iOS 18.0 pada minggu depan. Pengguna akan melihat kedua-dua kemas kini dalam tetapan iPhone dan iPad, serta boleh memilih untuk kekal menggunakan iOS 17 dengan tampalan keselamatan terkini.

Perlu diketahui, ia bukanlah kali pertama Apple memberikan pilihan yang sama kepada pengguna.

Tahun lalu, Apple juga mengeluarkan tampalan keselamatan untuk iOS 16 selepas iOS 17 dikeluarkan. Walau bagaimanapun, selepas beberapa ketika, tampalan ini hanya dikeluarkan untuk peranti yang tidak boleh dikemas kini kepada iOS 17.

Berkaitan

  • iOS 18 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi
  • Apple Lancar iOS 18.1 Developer Beta, Dah Boleh Cuba Apple Intelligence
  • Boleh Kemas Kini iOS 18 Pada 17 September, Apple Intelligence Bulan Depan, Ini iPhone Yang Sokong

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY