Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 16 Bugs

Pengguna Berterusan Lapor Sejumlah Pepijat Pada iOS 16

Diterbitkan Januari 16, 2023 · Dikemas kini Januari 16, 2023 oleh Amalina Athman

Empat bulan selepas pelancaran, pengguna iOS 16 berterusan melaporkan sejumlah pepijat, daripada pop-up papan kekunci yang perlahan, glitch UI, kamera membeku (freeze) dan banyak lagi.

Berkaitan

  • iOS 16.2 Baik Pulih Lebih 30 Kerentanan Keselamatan, Disaran Kemas Kini Segera
  • Sebilangan Pengguna iPhone 14 Pro Lapor Masalah Skrin Dengan Garisan 'Berkelip'
  • Masalah Skrin Pada iPhone 14 Pro Akan Diselesaikan Melalui Kemas Kini iOS

Dari Twitter, Reddit (1,2,3,4,5,6) hingga ke Apple Support, pengguna mengatakan terdapat sejumlah isu pepijat dan prestasi sistem yang lemah setelah melakukan kemas kini iOS 16 terbaharu. Menurut pengguna, masalahnya adalah meluas, termasuk gangguan papan kekunci tidak muncul dalam aplikasi, kehabisan bateri dengan cepat, masalah dengan mod Focus, pepijat pada aplikasi Apple Music, kamera membeku dan lain-lain.

More and more people keep telling me all the issues with iOS 16.2. Hope we get a major bug fix soon. Hearing this more each day.

— Aaron Zollo (@zollotech) January 13, 2023

Tidak hanya itu, sejak kemas kini iOS 16.2 dilakukan, sejumlah pengguna melaporkan isu skrin putih, masalah skrin dengan garisan berkelip dan sebagainya.

My iPhone 14 pro max is far the buggiest iPhone I’ve used in a LONG time.

-Camera freezes
-Keyboard haptic/sounds randomly change
– keyboard is slow when on WhatsApp calls
– battery getting worse

Is it just me?? (iOS 16.2)

— The Tech Chap (@TheTechChap) January 14, 2023

Bagi penulis sendiri, terdapat juga masalah papan kekunci perlahan, yang mana menyebabkan bunyi maklum balas papan kekunci (Keyboard Feedback) tidak serentak dengan setiap aksara yang ditaip.

Untuk rekod, iOS 16.2 telah dikeluarkan bulan lalu selepas ujian dengan pembangun dan penguji awam sejak Oktober. Melalui tempoh ujian beta pada bulan Oktober, November dan Disember, Apple mengeluarkan lima kemas kini, menangani pepijat dan isu yang dilaporkan oleh penguji.

Memandangkan terdapat sejumlah pepijat yang masih dialami beberapa pengguna pada iOS 16.2, Apple mungkin akan mengeluarkan iOS 16.2.1 sebelum melepaskan kemas kini iOS 16.3 beberapa minggu kemudian.

Ketika ini, Apple sedang menguji iOS 16.3 dengan pembangun dan pengguna beta awam dengan hanya beberapa ciri baharu.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: UnicTool

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY