Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Iman Pro Android

Pengguna Android Kini Boleh Muat Turun Aplikasi Iman Pro Versi Beta

Diterbitkan Julai 30, 2024 ยท Dikemas kini Julai 30, 2024 oleh Amalina Athman

Bagi pengguna iOS yang menggunakan aplikasi gaya hidup Muslim, pastinya tahu atau pernah mendengar mengenai aplikasi Iman Pro. Aplikasi ini dibangunkan oleh pembangun tempatan dan sehingga kini hanya ditawarkan untuk peranti iOS – untuk versi percuma dan berbayar.

Iman Pro versi iOS
Aplikasi Iman Pro versi iOS

Dalam perkembangan terbaru, aplikasi Iman Pro kini tersedia dalam versi Android.

Menurut pembangun aplikasi itu, Muhammad Adiman, ia merupakan versi Beta terbuka (versi 1) dan penting untuk menjamin kestabilan aplikasi kerana platform Android melibatkan pelbagai jenis varian sistem pengoperasian dan juga perkakasan.

Iman Pro Android Beta

 

Berikutan itu, pengguna Android dengan sekurang-kurangnya Android 9 dijemput untuk menguji aplikasi berkenaan.

Muat turun boleh dilakukan melalui pautan INI. Sekiranya menemui segala ralat atau pepijat, laporkan melalui e-mel [email protected].

Sumber: Adiman Muhammad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Aplikasi iman Pro Versi 7 Dilancar, Kini Berwajah Baharu

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY