Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_2

Pengguna Android Kelak Boleh Sambung Muat Turun Aplikasi Yang Terbatal

Diterbitkan November 13, 2024 ยท Dikemas kini November 13, 2024 oleh Amalina Athman

Google baru-baru ini telah memperkenalkan keupayaan muat turun atau kemas kini aplikasi secara serentak di Play Store. Dalam perkembangan terbaru, Google nampaknya sedang membangunkan ciri “Smart Resume”.

Menerusi Google Play Store versi 43.5.26-31, Android Authority melaporkan telah menemui kod yang mencadangkan pengguna kelak boleh menyambung semula muat turun aplikasi yang sebelum ini dibatalkan atau terhenti, melalui notifikasi.

code resume download play store

Ketika ini, Play Store menyimpan fail aplikasi yang dimuat turun dalam direktori sementara sebelum memasangnya. Fail sementara ini akan dipadamkan selepas aplikasi dipasang atau selepas muat turun aplikasi dibatalkan.

Namun, baris ketiga kod tersebut menunjukkan bahawa Smart Resume berfungsi dengan menyimpan fail sementara itu. Ia dipercayai akan disimpan sehingga 24 jam selepas aplikasi dibatalkan atau terhenti, dengan sokongan aplikasi bersaiz sehingga 2GB dan memerlukan sekurang-kurangnya 5GB ruang storan.

Dengan keupayaan ini kelak, pengguna tidak perlu lagi muat turun semula dari awal jika mengalami gangguan semasa proses berkenaan, seperti akibat sambungan internet yang lemah atau membatalkannya secara tidak sengaja.

Berkaitan

  • Google Play Store Tambah Sokongan Kemas Kini Berbilang Aplikasi Serentak
  • Pengguna Android Kini Boleh Tingkatkan Privasi Lebih Mudah Dengan Mematikan Ciri Play Store Ini
  • Google Diarah Buka Play Store Kepada Gedung Aplikasi Pihak Ketiga
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY