Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Play Store_

Pengguna Android Kini Boleh Tingkatkan Privasi Lebih Mudah Dengan Mematikan Ciri Play Store Ini

Diterbitkan September 20, 2024 · Dikemas kini September 20, 2024 oleh ariff bukhari

Tahukah anda bahawa Google menjejaki semua yang anda lakukan semasa anda log masuk ke dalam akaun Google Play Store?

Google memberi alasan bahawa ia adalah untuk membantu mereka meningkatkan pengalaman penggunanya.

Dengan menjejaki aktiviti anda, Google Play boleh menyediakan kandungan berkaitan yang disesuaikan untuk anda, merangkumi aplikasi dan buku yang disyorkan, tawaran dan hasil carian.

Syor dan tawaran ini boleh dipaparkan pada Google Play serta pada aplikasi dan permainan yang diurus oleh Google Play untuk memberi anda pengalaman terbaik merentas ekosistem Play Store.

Tetapi jika anda mahukan lebih privasi, Google kini menyediakan cara yang lebih mudah untuk anda  mematikan penjejakan aktiviti di Play Store terus dari peranti dengan ikuti langkah berikut:

1. Buka Google Play Store

2. Klik Gambar profil anda > Personalization in Play > Play personalization and history.

play store
play store

3. Pilih tetapan untuk hidupkan atau matikan Web & App Activity.

play store

Jadi, apabila anda mematikan Web & App Activity, Google Play tidak akan menyimpan aktiviti aplikasi anda pada masa hadapan atau tidak dapat menggunakan data tersebut untuk memeribadikan pengalaman Google Play anda.

Dengan adanya kawalan yang dipertingkatkan ini, anda boleh memastikan bahawa anda mempunyai pengalaman Play Store yang lebih baik yang diperibadikan untuk anda dan terus menghormati pilihan privasi anda.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY