Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Play Store_2

Google Diarah Buka Play Store Kepada Gedung Aplikasi Pihak Ketiga

Diterbitkan Oktober 8, 2024 · Dikemas kini Oktober 8, 2024 oleh Amalina Athman

Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengeluarkan injunksi kekal yang akan memaksa Google menawarkan alternatif kepada Google Play Store untuk memuat turun aplikasi pada peranti Android.

Perintah oleh Hakim Daerah AS James Donato di San Francisco menggariskan beberapa perubahan yang mesti dilakukan oleh Google untuk membuka Play Store kepada pesaing.

Google perlu membenarkan pengguna Android memuat turun gedung aplikasi saingan seperti ‌Epic Games‌ Store dari Google Play, serta ia dikehendaki membenarkan gedung aplikasi pihak ketiga mengedarkan aplikasi Google Play – melainkan pembangun menarik diri secara individu.

Selanjutnya, Google tidak lagi boleh meminta pembangun menggunakan Pengebilan Google Pay untuk aplikasi yang dijual melalui platform itu – bermakna pembangun aplikasi mempunyai pilihan untuk menawarkan kaedah pembayaran alternatif yang tidak memberikan potongan jualan aplikasi kepada Google.

Google boleh, bagaimanapun, mengenakan bayaran untuk “langkah munasabah” yang dilaksanakan bagi memelihara polisi dan keselamatan pengguna yang berkaitan dengan aplikasi dan gedung aplikasi yang dimuat turun melalui Google Play.

Donato berkata injunksinya akan berkuat kuasa selama tiga tahun, bermula 1 November, yang akan memberi tempoh kepada Google untuk “mematuhi perjanjian dan amalan semasanya”.

Di pihak Google, ia berkata perubahan itu akan menyebabkan “pelbagai akibat yang tidak diingini yang akan membahayakan pengguna, pembangun dan pembuat peranti Amerika. Pihaknya juga akan membuat rayuan bagi perintah itu.

Sementara CEO Epic Games Tim Sweeney menganggap keputusan tersebut sebagai satu kemenangan di pihaknya.

Big news! The Epic Games Store and other app stores are coming to the Google Play Store in 2025 in the USA – without Google's scare screens and Google's 30% app tax – thanks to victory in Epic v Google.https://t.co/1g6uuw1CJB

— Tim Sweeney (@TimSweeneyEpic) October 7, 2024

Untuk rekod, Epic Games pada asalnya telah mengemukakan saman terhadap Google pada 13 Ogos 2020.

Di sisi yang lain, Google juga menghadapi satu lagi tuntutan ‌Epic Games‌, yang difailkan minggu lalu. ‌Epic Games‌ mendakwa Google dan Samsung bersubahat untuk menghalang pemuatan sisi pada peranti Galaxy melalui ciri keselamatan Auto Blocker.

Berkaitan

  • Rasmi, Epic Games Kini Ditawar Di Peranti Android, Ini Cara Dapatkannya
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Pengguna Android Kini Boleh Tingkatkan Privasi Lebih Mudah Dengan Mematikan Ciri Play Store Ini
  • Epic Games Dakwa Samsung, Google Berpakat Sekat Persaingan Dalam Pengedaran Aplikasi

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY