Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nothing Launcher

Pengguna Android Boleh Rasa Guna Telefon Nothing Dengan Nothing Launcher

Diterbitkan April 29, 2022 oleh Amsyar Latif

Penghujung Mac lepas, Nothing mengesahkan kehadiran telefon pintar pertama mereka yang digelar Nothing Phone (1). Telefon tersebut bakal menjalankan sistem operasi mereka tersendiri menerusi Nothing OS.

Seperti yang dijanjikan, pelancar Android – Nothing Launcher akhirnya ditawarkan secara rasmi buat telefon pintar Android terpilih. Ia boleh dimuat turun di Google Play Store.

Namun, perlu diingatkan, pelancar tersebut masih lagi dalam ujian beta. Bagaimanapun, secara tidak langsung pengguna dapat menikmati pengalaman awal menggunakan “Nothing Phone (1)” kelak.

Buat masa sekarang, tidak banyak fungsi yang ditawarkan lagi dan tiada sebarang maklumat berkaitan peranti Nothing itu.

Pengguna Android Boleh Rasa Guna Telefon Nothing Dengan Nothing Launcher
Pengguna Android Boleh Rasa Guna Telefon Nothing Dengan Nothing Launcher

Pun begitu, sekiranya anda memuat turunnya, anda boleh menikmati pratonton yang diberikan seperti ikon, folder, widget bespoke jam dan cuaca, latar dan tiga nada dering.

Memandangkan ini beta, Nothing mengharapkan maklum balas daripada pengguna agar ia dapat dipertingkatkan lagi apabila dilancarkan nanti.

Pengguna Android Boleh Rasa Guna Telefon Nothing Dengan Nothing Launcher
Pengguna Android Boleh Rasa Guna Telefon Nothing Dengan Nothing Launcher
Pengguna Android Boleh Rasa Guna Telefon Nothing Dengan Nothing Launcher
Pengguna Android Boleh Rasa Guna Telefon Nothing Dengan Nothing Launcher

Untuk merasakan pengalaman Nothing Launcher, anda boleh klik di SINI terlebih dahulu. Kemudian, pergi ke settings>apps>default apps>default home app. Akhir sekali, pilih Nothing Launcher.

Hanya telefon pintar Samsung Galaxy S21, S22, Google Pixel 5, Pixel 6 dan model tertinggi OnePlus sahaja yang boleh menggunakannya.

Sumber: Nothing, xda

Baca juga:

  • Ada Bajet Tapi Masih Keliru? Ini GPU Terbaik Ikut Bajet Anda

  • 5 Televisyen 4K Terbaik Di Bawah RM2,000

  • Ada Bajet, Ada Untuk ‘Flex’, Ini Telefon Terbaik Raya 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY