5 Televisyen 4K Terbaik Di Bawah RM2,000

TV 4K pada masa kini sudah menawarkan pelbagai pilihan dan banyak jenama besar telah memasuki ke dalam pasaran TV. Oleh itu, anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan TV beresolusi 4K dengan harga di bawah RM2,000 sekiranya anda pandai mencarinya.

Oleh itu, suka saya disini untuk berkongsi dengan anda semua akan 5 TV 4K yang boleh anda beli pada masa ini. Ingin juga saya jelaskan bahawa senarai ini adalah secara rawak.

TCL 4K UHD LED Android Smart AI TV, 50P615c - RM1,999.00




Walaupun TCL ini jarang menjadi pilihan pengguna tetapi sebenarnya ia mempunyai kualiti yang baik beserta harga yang berpatutan.

Secara ringkasnya, model TCL ini menawarkan pelbagai ciri yang menarik seperti binaan tersedia chromecast, sokongan Dolby Audio, HDR dan Sport Mode. Sport Mode memberikan anda tayangan imej dan suara yang telah dioptimumkan dan mempunyai ciri 'auto record' padanya.
Boleh beli di sini - https://invol.co/clakg4m

Panasonic HX655 Series TV, TH-43HX655K - RM1,999.00



TV 4K daripada Panasonic tidak asing lagi dengan kualitinya. Selain daripada faktar yang Panasonic telah lama bertapak di Malaysia, anda juga akan menerima jaminan hingga 2 tahun melalui pembelian TV 4K Panasonic.

Model ini mempunyai 'Hexa Chrome Drive' yang meningkatkan kualiti tontonan anda melalui kecerahan yang solid dan menajamkan paparan imej pada skrin.



Boleh Beli di sini - https://invol.co/clakh3n

Hisense 4K Android UHD TV, 50A6500G - RM2,049.00




Hisense menawarkan pelbagai pilihan TV 4K yang berkualiti. Akan tetapi, model TV 4K Hisense ini menawarkan pembelian dengan nisbah harga-ke-nilai yang terendah untuk setiap ringgit yang anda belanjakan.

Selain itu, model TV 4K ini menyokong ciri Dolby Atmos dalam penyampaian suara yang membuatkan anda seolah-olah berada dalam situasi tersebut.
Boleh beli di sini - https://invol.co/clakh3t

Samsung LED 4K UHD Smart TV with Crystal Processor, UA50AU7000 - RM2,049.00




TV 4K daripada Samsung ini merupakan nilai yang terbaik dalam senarai bagi pendapat saya. Samsung menawarkan potongan harga sebanyak 32% daripada harga asalnya RM2,999. Melalui 'crystal processor' daripada Samsung, anda dapat menonton kandungan beresolusi 4K dengan lebih banyak ekspresi warna padanya.
Boleh beli di sini - https://invol.co/clakivv

Toshiba 4K UHD, 50C350KP - RM1,979.00




Toshiba menawarkan kualiti yang memberangsangkan dengan harga berbaloi untuk TV 4K model 50C350KP ini. Melalui teknologi REGZA ENGINE 4K daripada Toshiba, anda akan merasai pengalaman tontonan 4K yang tidak anda jangkakan.
Boleh beli di sini - https://invol.co/clakiy2

Saya berharap senarai ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari TV 4K yang anda ingini. Anda boleh merujuk kepada artikel ini untuk maklumat lanjut.

**Harga yang dipaparkan ini adalah ketika artikel ini ditulis. Harga tersebut tertakluk kepada sebarang perubahan untuk menaik atau menurun.

Baca juga:








Berkaitan