Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ada Bajet, Ada Untuk ‘Flex’, Ini Telefon Terbaik Raya 2022

Posted on April 26, 2022April 26, 2022

Setelah 2 tahun, akhirnya tahun ini kita dibenarkan beraya di kampung, bertemu saudara yang sudah lama memajukan ucapan “Selamat pagi” beranimasi dan ceramah agama di kumpulan WhatsApp.

Kalau kita jujur dengan diri, pasti kita sedar ada kemahuan yang disembunyikan iaitu nafsu untuk memiliki sesuatu baru untuk Aidilfitri kali ini.

Satunya mungkin untuk meraikan kemeriahan namun satu lagi mungkin untuk ditayang-tayang pada saudara. Jangan risau, kali ini kami senaraikan telefon baharu mengikut bajet dan kategori iaitu RM600, RM1,000, RM1,500, RM2,000, RM3,000 dan Terbaik Untuk Fotografi, Terbaik Untuk Video dan semata-mata untuk flexing.

Bawah RM600

Dengan bajet bawah RM600, mungkin anda mahu hadiahkan pada anak atau ibu bapa di kampung supaya dapat memudahkan komunikasi.

Redmi 10C – RM559

  • Snapdragon 680
  • 4GB + 64GB
  • 6.71 inci, IPC LCD
  • 6000mAh, 18W
  • 50MP utama
  • 5MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikaj
Shopee : https://invol.co/claikak

Diingatkan, dengan harga serendah ini, janganlah anda mengharapkan prestasinya sepantas dan sebagus harga RM1,000 dan ke atas. Peranti kelas bawahan begini sesuai diberikan pada mereka yang tidak menjadikan telefon sebagai peranti utama dalam kehidupan seharian.

Bawah RM1,000

Beberapa tahun ini, dengan harga bawah RM1,000, anda sudah boleh mendapatkan sebuah telefon yang agak baik prestasinya bersama spesifikasi yang lebih canggih berbanding 5 tahun dulu.

Redmi Note 11 Pro – RM999

  • MediaTek Helio G96
  • 6GB + 128GB
  • 6.67 inci, AMOLED, 120Hz
  • 5000mAh, 67W
  • 50MP utama, 8 sudut lebar, 2MP makro
  • 16MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikcs
Shopee : https://invol.co/claikdx

realme 9 (RM899, RM999)

  • Snapdragon 680
  • 6GB+128GB (RM899), 8GB+128GB (RM999)
  • 6.4 inci, Super AMOLED, 90Hz
  • 5000mAh, 33W
  • 108MP, 8 sudut lebar, 2MP depth
  • 16MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Shopee : https://invol.co/claikj8

Jika anda mempunyai bajet terhad tetapi segera mahu membeli telefon, peranti bawah RM1,000 ini mungkin sesuai dengan syarat anda bukan pengguna yang ‘kasar’ atau tegar.

Kelas begini juga sesuai dijadikan telefon kedua dan mereka yang tidak mementingkan prestasi jangka masa lama.

Bawah RM1,500

Tetapi, jika anda mahu menabung dan boleh bersabar, kami sarankan anda dapatkan telefon dalam harga atas RM1,000 tapi bawah RM1,500.

Walaupun bajet agak biasa-biasa tetapi ketiga-tiga telefon ini menyokong rangkaian 5G.

Redmi Note 11 Pro 5G (RM1,199)

  • Snapdragon 695
  • 4GB+64GB
  • 6.67″, AMOLED, 120Hz
  • 5000mAh, 67W
  • 108MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP depth
  • 16MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikgx
Shopee : https://invol.co/claikgz

realme 9 Pro (RM1,199)

  • Snapdragon 695
  • 8GB + 128GB
  • 6.6″, IPS LCD, 120Hz
  • 5000mAh, 33W
  • 64MP utama, 2MP depth
  • 16MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikmd
Shopee : https://invol.co/claikj8

HONOR X9 5G (RM1,299)

  • Snapdragon 695
  • 8GB+128GB
  • 6.81″, IPS LCD, 120Hz
  • 4800mAh, 66W
  • 48MP utama, 2MP makro, 2MP depth
  • 16MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada: https://invol.co/clajdic
Shopee: https://invol.co/clajdfy

Jadi, sesuai untuk digunakan dalam tempoh yang lama memandangkan rangkaian 5G yang menyeluruh seluruh negara mungkin siap dalam 2-3 tahun kelak.

Bawah RM2,000

Telefon dengan harga bawah RM2,000 boleh didapati dengan pelbagai model dari banyak jenama. Bukan itu sahaja, spesifikasinya juga bagus dan boleh digunakan untuk jangka masa lama.

Redmi Note 11 Pro+ 5G (RM1,599)

  • MediaTek Dimensity 920
  • 8GB+256GB
  • 6.67″, AMOLED, 120Hz
  • 4500mAH, 120W
  • 108MP, utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro
  • 16MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikg4
Shopee : https://invol.co/claikgj

realme 9 Pro+ (RM1,599)

  • MediaTek Dimensity 920
  • 8GB+256GB
  • 6.67″, AMOLED, 90Hz
  • 4500mAh, 60W
  • 50MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro
  • 16MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikna
Shopee : https://invol.co/claikj8

Bukan sahaja terhad untuk penggunaan ringan dan harian, tetapi anda juga boleh mendapatkan prestasi gaming yang memuaskan walaupun tidaklah pada tahap paling tinggi.

Harga bawah RM2,000 secara peribadi memang sesuai untuk diperuntukkan beli telefon kerana spesifikasi agak tinggi dan boleh digunakan jangka masa panjang.

Bawah RM3,000

Jika anda berkemampuan membeli telefon pada harga sekitar dan atas RM3,000, ketahuilah bajet and agak ‘T20’. Justeru, spesifikasi yang ditawarkan sememangnya tinggi dan canggih jadi anda tidak perlu risau bab teknikalnya.

Bajet dah tinggi, yang tinggal hanya pilih saja mengikut cita rasa seperti ciri tambahan dan antara muka masing-masing.

Xiaomi 12 (RM2,999)

  • Snapdragon 8 Gen 1
  • 8GB+256GB
  • 6.28″, LTPO E5 AMOLED, 120Hz
  • 4500mAh, 67W
  • 50MP (IMX766) utama, 13MP sudut lebar, 5MP telemakro
  • 32MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claiki8
Shopee : https://invol.co/claikii

realme GT 2 Pro (RM2,999)

  • Snapdragon 8 Gen 1
  • 12GB+256GB
  • 6.7″, LTPO 2.0 E5 AMOLED, 120Hz
  • 5000mAh, 65W
  • 50MP (IMX766) utama, 50MP sudut lebar, 3MP mikroskop
  • 32MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikni
Shopee : https://invol.co/claikk8

Motorola Edge 30 Pro (RM2,699)

  • Snapdragon 8 Gen 1
  • 12GB+256GB
  • 6.7″, AMOLED, 144Hz
  • 4800mAh, 68W
  • 50MP utama, 50MP sudut lebar, 2MP depth
  • 60MP swafoto

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikny
Shopee : https://invol.co/claiko7

Dengan harga sebegini, anda dapat memainkan permainan pada tetapan tertinggi, mendapat pengecasan sangat pantas dan hasil gambar yang mengagumkan.

Fotografi Terbaik

Musim perayaan, mestilah nak ambil gambar pada kualiti terbaik, kan? Kemampuan kamera pada Galaxy S22 Ultra tidak dapat dinafikan terbaik antara terbaik.

Samsung Galaxy S22 Ultra

  • Utama: 108MP, f/1.8 OIS
  • Sudut lebar: 12MP f/2.2, 120 darjah sudut lebar
  • Periskop: 10MP, f/4.9, 10x zum optikal
  • Telefoto: 10MP f/2.4, 3x zum optikal

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikpm
Shopee : https://invol.co/claikoy

Selain model ini, Xiaomi 12 Ultra juga memberikan gambar siang yang cantik dan gambar malam yang sungguh terang walaupun cahaya yang sedikit.

Video Terbaik

Bercakap soal video pada peranti mudah alih, nama pertama yang terbayang pastinya Apple. Sama ada pada iPhone mahupun iPad, video yang dirakam jelas sekali lancar dan tampak semula jadi.

  • iPhone 13 Pro

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/clajdh3
Shopee : https://invol.co/clajdf6

Kami sarankan anda ambil versi Pro kerana Pro Max mempunyai saiz yang agak besar dan berat. Ramai pengguna mengeluh berkenaannya. Namun, jika anda mempunyai tangan yang besar dan kekuatan setaraf Badang, boleh saja ambil versi Pro Max untuk bateri yang lebih besar.

Peranti Kebanggaan (flexing)

Tiga peranti di bawah ini, antaranya mungkin tidak cukup praktikal kerana anda perlu melipat dan membuka lipatan setiap kali menggunakannya.

  • iPhone 13 Pro Max

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikqh
Shopee : https://invol.co/claikqt

  • Samsung Galaxy Z Flip3

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada : https://invol.co/claikrk
Shopee : https://invol.co/claiksh

  • Samsung Galaxy Z Fold3

Klik pautan di bawah untuk beli:

Lazada: https://invol.co/clajdsw
Shopee: https://invol.co/clajdlk

Dah lama tak berjumpa rakan sekampung dan saudara jauh. Pasti ramai yang dah lama menyimpan rasa dan ‘dendam’ untuk menayang sedikit nikmat dunia. Jika anda berniat demikian, peranti di atas boleh dipertimbangkan terutamnya Flip dan Fold yang mempunyai fizikal yang unik.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Kongsikan peranti raya anda di ruangan komen.

Baca juga:

  • 5 Vakum Robot Terbaik Bawah RM1,000
  • Ini Cara Semak Baki Kredit Touch ‘n Go Pada MyKad Anda
  • 5 Tablet Terbaik Bawah RM2,000 Setakat April 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress