Bagi peminat peranti ini di Malaysia, anda akan berpeluang untuk mendapatkan peranti ini bermula pada minggu ini. Namun harus diingatkan bahawa peranti yang dijual ini adalah set import atau AP set. Baru-baru ini syarikat penjual telefon pintar, DirectD telah mengumumkan yang mereka akan mula menjual Black Shark ini pada minggu ini. Dan bermula semalam, peranti ini sudah pun tersedia di gerai mereka.
Harga jualan bagi variasi 6GB RAM+64GB storan dengan harga RM 2,499 manakala RM 2,899 bagi variasi 8GB RAM+128GB storan. Pembeli akan menerima satu tahun jaminan daripada DirectD dan satu set Black Shark Gamepad percuma.
Sebelum ini, syarikat penjual terkenal Mobile2Go telah membuka pra-tempahan untuk peranti Black Shark pada laman Facebook mereka. Mereka juga menjangkakan bahawa peranti tersebut akan tersedia pada hari ini, 26 April dan mereka yang telah menempah boleh mendapatkan peranti idaman mereka pada tarikh tersebut.
Dalam kiriman terbaru mereka semalam, Mobile2Go telah mengumumkan bahawa peranti Black Shark 8GB RAM+128GB ROM sudah tersedia di gerai, manakala bagi variasi 6GB+64GB ROM pula dijangka tiba hari ini. Kedua-dua peranti tersebut akan turut dijual pada harga yang sama iaitu RM 2,499 (64GB) dan RM 2,899 (128GB).
Setakat ini belum ada apa-apa berita daripada pihak Xiaomi berkenaan tarikh ketibaan set original Black Shark ke pasaran tempatan.
Sumber
Berkaitan
- Xiaomi Menjadualkan Acara Rasmi Untuk MWC 2019 Pada 24 Februari
- Xiaomi Black Shark 2 Tersenarai Di TENAA, Dilengkapi Cip Snapdragon 845
- Xiaomi Memperkenalkan Kasut Pintar Bersama Cip Intel
- Xiaomi Mi MIX 2S Diperkenalkan Dengan Cip Pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845
- Xiaomi Mi 5C Bersama Cip Pemproses Sendiri Pinecone Surge S1 Diperkenalkan
- Xiaomi Mi Mix 3 Disertakan Dengan Dok Pengecasan Tanpa Wayar Dalam Setiap Kotak Belian
- Honor 8X vs Realme 2 Pro vs Xiaomi Mi 8 Lite
- Xiaomi Redmi Note 4X Dijadualkan Pelancarannya 14 Februari Ini
- HONOR Bakal Lancarkan Peranti Tri-Kamera Utama Pertama Mereka Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- iPhone 2019 Dilapor Bakal Hadir Dengan Rekaan Kamera Utama Menyerupai Huawei Mate 20