Xiaomi Bakal Lancarkan Telefon Pintar Gaming Mereka Pada 13 April Ini

Xiaomi kini sedang rancak dalam melancarkan produk-produk terbaru mereka. Selepas mengumumkan pelancaran Xiaomi Mi A2 danMix Mi 2S, kini mereka mengumumkan untuk melancarkan telefon pintar gaming pertama mereka, di bawah jenama Black Shark pada 13 April ini di Beijing, China.



Menurut akhbar China, GizmoChina, peranti terbaru keluaran Xiaomi ini dijangka akan menjadi pesaing terbaru buat jenama Razor. Ketika ramai bertanya mengapa menggunakan jenama syarikat dibawah naungan mereka, Black Shark dan bukan Xiaomi, syarikat Xiaomi berpendapat bahawa nama Black Shark lebih mudah diterima di pasaran antarabangsa terutamanya di negara Barat.

Menurut GizmoChina lagi, peranti Black Shark ini akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 845 keluaran Qualcomm bagi memastikan kelancaran yang terbaik semasa sedang bermain permainan video. Xiaomi juga mengumumkan bahawa peranti ini akan mempunyai ciri 'Shark Space' yang berfungsi seperti ciri 'Gaming Center' pada peranti Apple.



Peranti ini dijangka akan menggunakan sistem operasi Android Oreo 8.0 selain mempunyai paparan skrin berdefinisi tinggi penuh serta memiliki memori sekitar 6GB atau 8GB RAM. Selain itu, terdapat juga laporan menyatakan peranti Black Shark ini bakal dilengkapi dengan storan sebesar 32GB secara minimum bagi menandingi peranti Razor Phone.



Namun setakat ini, pihak Xiaomi mahupun Black Shark sendiri masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan spesifikasi peranti ini.

Sumber