Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank Islam_8

Pengesahan Transaksi Bank Islam Kini Hanya Melalui GO Secure

Diterbitkan Jun 20, 2023 · Dikemas kini Jun 22, 2023 oleh Amalina Athman

Pengesahan untuk meluluskan transaksi Perbankan Internet, GO by Bank Islam serta pembayaran FPX hanya melalui GO Secure, berkuat kuasa 19 Jun 2023.

Berkaitan

  • Selepas CIMB, Kini Maybank Pula Mudahkan Anda Bekukan Akses Terhadap Maybank2U Dan MAE
  • Kill Switch Maybank Kini Boleh Guna Untuk Sekat Kad Kredit
  • Mulai Julai, Pengesahan Transaksi Secure2u Akan Beralih Sepenuhnya Ke Aplikasi MAE
  • Aplikasi BSNSecure Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Antaranya termasuk transaksi bagi pemindahan dana dan pembayaran, perubahan maklumat peribadi serta tetapan akaun.

Dengan peralihan kepada GO Secure sepenuhnya, perkhidmatan Kod Akses-i (IAC) yang dihantar melalui SMS ke telefon mudah alih pengguna tidak lagi akan tersedia.

Pengesahan Transaksi Bank Islam Kini Hanya Melalui GO Secure

Lanjutan itu, pengguna boleh memuat turun dan memasang aplikasi GO by Bank Islam di gedung aplikasi untuk menggunakan pengesahan GO Secure.

Dalam pada itu, Bank Islam turut memperkenal ciri “Kill Switch” yang bertujuan untuk menyekat dengan segera semua transaksi keluar kad debit-i Bank Islam.

Ciri kill switch telah pun tersedia pada kedua-dua aplikasi perbankan mudah alih dan perbankan internet. Ianya boleh diakses dengan klik pada butang Kill Switch yang terletak di halaman utama Perbankan Internet Bank Islam, aplikasi GO atau GO Biz.

Sumber: Bank Islam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY