Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GSMA Joint MNO-2

Pengendali Mudah Alih Malaysia Bakal Perkenal ‘Number Verification API’

Diterbitkan September 23, 2025 · Dikemas kini September 23, 2025 oleh Amalina Athman

CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications hari ini mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan rangkaian bersepadu baharu bagi membantu perniagaan dalam talian memerangi penipuan dan kecurian identiti digital melalui inisiatif GSMA Open Gateway.

Semasa Digital Nation Summit, Kuala Lumpur ASEAN Edition, pengendali terlibat menjelaskan rancangan untuk menyediakan pembangun perisian di bank dan peniaga dalam talian akses bersepadu kepada Number Verification API (Application Programming Interface).

Federated Open Gateway direka supaya perkhidmatan dibangunkan dapat berfungsi dengan semua pengendali mudah alih yang menyertai, sambil setiap pengendali mengekalkan kawalan terhadap data, polisi dan perolehan masing-masing.

Dengan kerjasama pengendali mudah alih di Malaysia, pembangun dapat mengesahkan nombor telefon pelanggan menggunakan Number Verification, seterusnya meningkatkan pengesahan dan pengalaman pengguna.

API ini dianggap sebagai inovasi baharu dan pengganti yang berpotensi lebih selamat berbanding SMS OTP (One-Time Password). Ia menyemak identiti pengguna melalui data rangkaian masa nyata (real-time), sekali gus melindungi pengguna daripada penipuan digital sambil memastikan pengalaman penggunaan yang lancar.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program global GSMA Open Gateway yang kini merangkumi lebih 79 kumpulan pengendali mudah alih, mewakili 291 rangkaian dan hampir 80% sambungan mudah alih dunia.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Daftar Kad SIM Prabayar Guna MyDigital ID Menjelang Hujung Tahun Ini
  • Whoscall Perkenal Sistem Ganjaran & Misi - Lapor Scam Dapat Mata

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY