Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengendali e-Dompet Mohon Lanjutkan Pengecualian SST Untuk Perkhidmatan Kewangan Digital

Pengendali e-Dompet Mohon Lanjutkan Pengecualian SST Untuk Perkhidmatan Kewangan Digital

Diterbitkan Oktober 8, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 8, 2024 oleh Amalina Athman

Persatuan Pengeluar E-Wang (AEMI) memohon kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pelanjutan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) untuk perkhidmatan kewangan digital dalam Belanjawan 2025, bagi mengekalkan pertumbuhan industri.

AEMI berkata, pelanjutan itu juga penting untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai yang lebih meluas, sejajar dengan usaha Malaysia bagi membina sistem kewangan yang inklusif dan progresif.

Pengecualian SST pada masa ini adalah penting dalam menjadikan perkhidmatan kewangan digital lebih mampu milik, terutamanya untuk komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan AEMI berharap lanjutan pengecualian ini akan terus memupuk keterangkuman digital.

Persatuan itu berkata industri e-dompet telah memainkan peranan penting dalam memajukan keterangkuman kewangan dan transformasi digital di negara ini.

TNG Digital yang merupakan sebahagian daripada persatuan itu, turut membangkitkan perkara yang sama pada minggu lalu, serta mencadangkan pelbagai langkah untuk meluaskan akses kepada perkhidmatan itu.

Berkaitan

  • Rakyat Malaysia Pengguna Dompet Digital Tertinggi Di Dunia - Tinjauan
  • Boost Bank Lancar Aplikasi Bank Digital, Kadar Faedah Harian Sehingga 3.2% p.a.
  • TNG eWallet Visa Tawar Pulangan Tunai 2% Untuk Transaksi Di Luar Negara
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699

Sumber: BERNAMA (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY