Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-04-17 at 2.40.26 PM

Pengenalan Samsung Galaxy Fold Di Malaysia Akan Diadakan Pada 3 Mei Depan

Diterbitkan April 17, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sehingga hari ini, kita sudahpun diberitakan dengan kehadiran beberapa model dari Samsung yang meliputi dari kelas atasan sehinggalah kelas pertengahan.

Dirasakan, pengenalan-pengenalan peranti yang dibuat itu tidak lengkap kerana Samsung Galaxy Fold yang menjadi tumpuan ramai masih belum muncul tiba.

Pertama kali dilancarkan kira-kira dua bulan lepas bersama-sama barisan siri Galaxy S10, Samsung Malaysia kini memaklumkan bahawa Samsung Galaxy Fold bakal dilancarkan di Malaysia pada 3 Mei ini.

Samsung Galaxy Fold

Membawakan keunikan dari segi rekaan skrin Flex Display 4.6  inci apabila dilipat dan dibuka menghamparkan paparan 7.3 inci. Ia juga dilengkapi dengan 6 kamera yang terdiri daripada tiga kamera utama (16MP ultra-lebar+12MP sudut lebar+12MP telefoto), dwi kamera hadapan ( 10MP+8MP) serta lensa dibahagian luar (10MP).

Diperkasakan dengan cip Snapdragon 855, RAM 12GB ditemani storan dalaman 512GB, ia diletakkan pada nilai ~RM8000 ketika dilancarkan Februari lalu.

Namun begitu, harga jualannya untuk pasaran Malaysia belum diketahui lagi dan anda perlulah menunggu 3 Mei ini untuk maklumat selanjutnya.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY