Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gorilla Glass_

Pengeluar Gorilla Glass Kini Berdepan Siasatan EU

Diterbitkan November 6, 2024 · Dikemas kini November 6, 2024 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Eropah telah membuka siasatan rasmi untuk menilai sama ada Corning – yang berpangkalan di Amerika, mungkin telah menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam pasaran kaca pelindung telefon pintar, khususnya berkaitan dengan teknologi Gorilla Glass.

Dalam kenyataannya, Pesuruhjaya Eropah Margrethe Vestager berkata,

Ia adalah pengalaman yang sangat mengecewakan dan mahal untuk memecahkan skrin telefon bimbit. Oleh itu, persaingan yang kuat dalam pengeluaran kaca pelindung yang digunakan untuk melindungi peranti sedemikian adalah penting untuk memastikan harga rendah dan kaca berkualiti tinggi. Kami sedang menyiasat jika Corning, pengeluar utama kaca khas ini, mungkin telah cuba mengecualikan pengeluar kaca saingan, dengan itu menghalang pengguna daripada kaca yang lebih murah dan lebih tahan pecah.

Suruhanjaya itu mempunyai kebimbangan bahawa Corning mungkin telah memutarbelitkan persaingan dengan memuktamadkan perjanjian pembekalan eksklusif antara pengeluar telefon mudah alih (OEM) dan syarikat yang memproses kaca mentah.

Antaranya termasuk keperluan pembuat peranti untuk mendapatkan “semua atau hampir semua” kaca mereka daripada Corning.

Selain itu, ia juga bimbang bahawa perjanjian yang dibuat Corning dengan OEM mungkin telah mengecualikan pengeluar kaca saingan daripada segmen besar pasaran. Sekali gus, mengurangkan pilihan pelanggan, meningkatkan harga dan menyekat inovasi sehingga menjejaskan pengguna di seluruh dunia.

Jika terbukti Corning bersalah, tingkah laku yang disiasat mungkin melanggar peraturan persaingan EU, yang melarang penyalahgunaan kedudukan dominan.

Berkaitan

  • Langgar Undang-Undang Digital, Platform Media Sosial X Disiasat EU
  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Eropah Dilapor Semakin Ketatkan Peraturan Penggunaan Telefon Di Sekolah
  • iOS 18.2 Kini Benarkan Pengguna EU Buang App Store

Sumber: European Commision

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY