Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-15T175750.696

Langgar Undang-Undang Digital, Platform Media Sosial X Disiasat EU

Diterbitkan Julai 16, 2024 oleh Muhd Idham

Pada 12 Julai 2024 yang lepas, Suruhanjaya Eropah (EU) telah mengemukakan beberapa dakwaan terhadap Elon Musk dan juga platform media sosial yang dibelinya iaitu X kerana telah melanggar Akta Perkhidmatan Digital (DSA) di Eropah.

Salah satu isu yang dibangkitkan oleh Suruhanjaya Eropah adalah:-

  • Pemilikan simbol ‘Verified’ daripada langganan yang mampu memperdayakan pengguna lain dalam mempercayai sumber maklumat yang disebarkan.
  • Iklan yang disediakan dalam X tidak menyediakan pautan yang dipercayai.
  • X gagal menepati syarat DSA dalam memberikan akses data awam kepada penyelidik.

Walau bagaimanapun, Elon Musk telah mempertahankan legasinya dengan membuat satu kiriman di media sosial X beliau.

https://x.com/elonmusk/status/1811783320839008381

Musk menyatakan yang Suruhanjaya Eropah telah menawarkan X dan platform-platform media yang lain untuk terlibat dalam satu urus janji yang mana kalau ia tidak dihebohkan, Eropah tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Namun, Elon menegaskan yang platform X tidak menerima tawaran tersebut.

Segala keputusan selanjutnya daripada Suruhanjaya Eropah terhenti di sini sahaja buat masa sekarang dan maklumat lanjut mungkin akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Apex Legends Di Steam 'Dibanjiri' Ulasan Negatif Lepas Ubah Sistem 'Battle Pass'
  • MCMC Dan PDRM Akan Teliti SOP Mudahkan Buat Aduan Buli Siber
  • Rapid KL Perkenal Pas MyCity 2 Hari
  • Yoodo Alliance Wakil Malaysia Untuk PMWC 2024

Sumber: Europe Commission, X

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY