Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 18.2 Kini Benarkan Pengguna EU Buang App Store

iOS 18.2 Kini Benarkan Pengguna EU Buang App Store

Diterbitkan Oktober 24, 2024 · Dikemas kini Oktober 24, 2024 oleh Rushsyafizal

Sebelum ini, ada laporan yang mengatakan Apple akan membenarkan penggunanya untuk memadam aplikasi teras dalam iPhone, berikutan pematuhan DMA. Dalam kemas kini terbaharu iaitu iOS 18.2 developer beta, Apple telah membolehkan pengguna di Kesatuan Eropah (EU) memadam sepenuhnya beberapa aplikasi teras iPhone seperti App Store, Safari, Messages, Kamera, dan Photos. Perubahan ini dibuat bagi mematuhi Akta Pasaran Digital (Digital Markets Act) yang dilaksanakan di EU.

Sebelum ini, aplikasi teras seperti ini hanya boleh disembunyikan tetapi tidak dipadam. Kini, hampir semua aplikasi boleh dipadam di iPhone bagi pengguna EU, kecuali aplikasi telefon dan tetapan. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh memuat turun semula aplikasi yang dipadam melalui seksyen “Pemasangan Aplikasi” dalam tetapan.

Sebagai perbandingan, di negara lain seperti Amerika Syarikat, pengguna masih hanya boleh menyembunyikan aplikasi teras tanpa pilihan untuk memadam sepenuhnya. Ini bermakna aplikasi seperti Photos dan App Store masih wujud dalam peranti, tetapi boleh diganti dengan aplikasi pihak ketiga.

iOS 18.2 memberi lebih kebebasan kepada pengguna untuk mengawal peranti mereka dan memilih aplikasi mengikut kesesuaian keperluan keperluan pengguna.

Dalam perkembangan lain, kemas kini terbaru ini turut menawarkan ciri Apple Intelligence lain seperti Genmoji, image creation dan integrasi dengan ChatGPT.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Semua Model Samsung Galaxy S25 Dijangka Guna Cip Snapdragon 8 Elite
  • Google Messages Terima 5 Ciri Baharu Untuk Keselamatan Dan Privasi
  • Tesla Sudah Pun Uji robotaxi, Perkhidmatan Ini Mungkin Ditawar Tahun Depan
  • Penyelidik MIT Hasilkan Komponen Elektronik Aktif Dengan Mesin Cetakan 3D Sepenuhnya

Sumber: macrumors

Foto utama: macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY