Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengasas Apple, Steve Wozniak Saman Google Dan YouTube

Pengasas Apple, Steve Wozniak Saman Google Dan YouTube

Diterbitkan Julai 24, 2020 oleh Helmi Samsuri

Pengasas bersama syarikat pengeluar iPhone, Steve Wozniak dilaporkan telah memfailkan saman terhadap YouTube dan syarikat induknya, Google. Tuntutan tersebut dibuat adalah lanjutan daripada video penipuan Bitcoin yang menggunakan imej serta mengaitkan Wozniak.

Difailkan pada Mahkamah Tinggi San Mateo, California, Wozniak merupakan salah seorang dari 18 plaintif yang membuat tuntutan tersebut. Platform video dan syarikat enjin carian popular tersebut dituduh melanggar hak publisiti, membantu, bersubahat dengan penipuan serta gagal untuk memberi ingatan kepada pengguna.

Terdahulu, dunia dikejutkan dengan kes penipuan Bitcoin yang menggunakan nama dan akaun individu ternama. Antara yang menjadi mangsa godaman adalah Apple, Kanye West, Barack Obama serta Elon Musk.

Tidak seperti Twitter yang bertindak pantas dengan menutup akaun dan melindungi penggunanya, YouTube dan Google dituduh tidak memadam video penipuanĀ  walaupun sudah mengetahui ia adalah penipuan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY