Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beberapa Akaun Verified Twitter Digodam, Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Beberapa Akaun Verified Twitter Digodam, Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Diterbitkan Julai 16, 2020 ยท Dikemas kini Julai 16, 2020 oleh Amalina Athman

Awal pagi ini, akaun verified Twitter dari beberapa organisasi dan individu kenamaan telah digodam. Setiap akaun yang digodam telah memuat naik ciapan yang dipercayai mempromosikan penipuan Bitcoin. Sebelum ianya dipadam oleh pihak Twitter, nampaknya sejumlah wang telah diterima oleh penggodam yang terlibat.

Beberapa Akaun Verified Twitter Digodam, Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Antara akaun yang telah digodam termasuk Apple, Barack Obama, Elon Musk, Bill Gates, Kanye West, Wiz Khalifa, Joe Biden dan sebagainya.

Berikutan itu, Twitter telah mengambil langkah drastik untuk menghalang akaun yang terlibat untuk memuat naik ciapan. Tidak lama kemudian, Twitter telah membenarkan semula hampir kesemua akaun tersebut untuk memuat naik ciapan.

Bagaimanapun, pasti ada yang tertanya apa sebenarnya yang terjadi. Menurut Twitter,

“We detected what we believe to be a coordinated social engineering attack by people who successfully targeted some of our employees with access to internal systems and tools.”

Akses tersebut telah digunakan untuk mengawal akaun verified dan ciapan mereka. Isu pelanggaran data ini adalah masalah yang besar dan sudah pasti menimbulkan keraguan dalam kalangan pengguna mengenai sistem keselamatan Twitter.

Dalam pada itu, Twitter turut menyatakan siasatan mengenai pelanggaran keselamatan ini masih dijalankan untuk melihat sebarang aktiviti berniat jahat yang lain. Lebih banyak kemas kini juga akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Sumber: Twitter Support

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
  • Pengesahan Pembangun Android Diperluas Ke Seluruh Dunia, Pelaksanaan Bermula Januari 2027
  • MyCERT Kesan Scam Bantuan Laptop Percuma, Laman STR Palsu - Akaun Telegram Jadi Sasaran
©2026 WISER.MY