Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5G Malaysia_1

Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Di Malaysia Antara Yang Paling Teruk Di Dunia

Diterbitkan Februari 19, 2024 ยท Dikemas kini Februari 19, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan terkini Opensignal terhadap analisis Pengalaman Kebolehpercayaan rangkaian mudah alih merentas pelbagai pasaran global, Malaysia berada di dalam kelompok 10 terbawah daripada 38 buah negara.

Malaysia di kedudukan ke-32 untuk Pengalaman Kebolehpercayaan rangkaian telekomunikasi mudah alih selepas memperoleh markah sebanyak 790 mata.

Pengalaman Kebolehpercayaan rangkaian mudah alih di Malaysia hanya lebih baik berbanding negara Filipina, Mesir, Arab Saudi, Colombia, Bangladesh dan Pakistan.

Sementara pengguna Denmark menikmati perkhidmatan mudah alih yang paling boleh dipercayai di dunia, meletakkanya di tempat pertama di peringkat global dengan skor 934 mata pada skala 100-1000 mata.

Jepun dan Korea Selatan berada dalam seri statistik untuk tempat kedua, dengan markah 913-914 mata, manakala Perancis dan Slovakia sama-sama menduduki tempat keempat dengan markah 905-906 mata.

Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Di Malaysia Antara Yang Paling Teruk Di Dunia

Di Asia Tenggara, Singapura menduduki tempat pertama dengan skor 867 mata, mendahului Thailand 841 mata dan Indonesia 831 mata, manakala Malaysia dan Filipina mencatatkan di bawah 800 mata.

Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Di Malaysia Antara Yang Paling Teruk Di Dunia

Sekiranya anda nak tahu, kajian ini adalah berdasarkan pengalaman penggunaan selular menggunakan pelayar internet, strim video, panggilan suara atau apa-apa berkaitan internet oleh pengguna di sesebuah negara.

Antara perkara yang dinilai adalah termasuk ketersediaan liputan dan ketersambungan data. Adakah anda sebagai pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan selular di Malaysia?

Berkaitan

  • Lebih 22 Juta Serangan Siber Ke Atas Malaysia Dari Ancaman Tempatan Berjaya Disekat
  • Ini Senarai 10 'Website' Paling Popular Dilayari Di Malaysia Dan Seluruh Dunia Pada Januari 2024
  • Pengguna Malaysia Dah Boleh Guna 2 Akaun WhatsApp Dalam Peranti Sama, Ini Caranya

Sumber: Opensignal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY