Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penjenayah Siber Dikesan Aktif Mengintip Pengguna Internet Di Malaysia

Lebih 22 Juta Serangan Siber Ke Atas Malaysia Dari Ancaman Tempatan Berjaya Disekat

Diterbitkan Februari 15, 2024 · Dikemas kini Februari 15, 2024 oleh ariff bukhari

Kaspersky, syarikat keselamatan siber dan privasi digital terkemuka berkata, menerusi penyelesaian keselamatan mereka, sejumlah 22,037,248 ancaman tempatan yang menyasarkan pengguna Malaysia telah berjaya disekat mereka.

Kaspersky dalam laporan mereka mendedahkan, data terbaharunya dengan tumpuan khusus kepada ancaman tempatan terhadap Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Laporan itu menunjukkan penurunan berterusan tetapi minimum dari 2021 hingga 2023.

Kaspersky Security Network
Data Ancaman Tempatan dikumpulkan melalui Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN).

Menurut Kaspersky, secara perbandingan, jumlah ancaman tempatan lebih tinggi pada 2021, sama seperti dilaporkan oleh pihak INTERPOL pada tahun itu bahawa jenayah siber berada pada trend menaik dengan penjenayah siber yang sangat teratur berkongsi sumber dan kepakaran untuk kelebihan mereka.

Dalam Laporan Pertengahan Tahun CyberSecurity Malaysia mengenai Landskap Ancaman 2023 menekankan bahawa, intervensi penguatkuasaan undang-undang akan menawarkan penangguhan sementara tetapi keutamaan harus ditumpukan kepada pengukuhan infrastruktur keselamatan siber, pemantauan berterusan, latihan dan amalan terbaik dilaksanakan.

Insiden serangan siber di mALAYSIA
Sumber: Cybersecurity Malaysia

Dalam laporan yang sama juga menunjukkan bahawa sektor pembuatan adalah yang paling teruk terjejas dengan serangan ransomware, diikuti oleh pendidikan dan lain-lain.

Berkaitan

  • Malaysia Negara Ke-8 Paling Banyak Alami Kebocoran Data Setakat Suku Ke-3 2023
  • Anda Tidak Salah, Kualiti Pemacu Storan USB Memang Semakin Teruk
  • Jangan Terpedaya Dengan Mesej, Panggilan Telefon "Pegawai" Imigresen
  • Pemilik iPhone 7 Di Amerika Akan Terima Bayaran Hampir RM1700

Sumber: Siaran media Kaspersky, Cybersecurity Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY