Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MAE Wallet_3

Akaun MAE Kini Dikenali MAE Wallet

Diterbitkan Ogos 7, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 7, 2023 oleh Amalina Athman

Akaun MAE kini dinamakan semula sebagai MAE Wallet pada aplikasi MAE, berkuat kuasa pada 4 Ogos 2023.

Berkaitan

  • Cara Mudah Untuk Perbaharui Kad 'Virtual' MAE
  • Tak Perlu Akaun Maybank, Ini Cara Mudah Buka Akaun Baharu MAE

Walau bagaimanapun, Maybank memaklumkan perubahan itu tidak menjejaskan mana-mana ciri produk dan pengguna boleh menggunakannya seperti biasa.

MAE Wallet_1
lama
MAE Wallet_2
baharu

Bagi yang tertanya, berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diketahui mengenai MAE Wallet, berbanding akaun Maybank sedia ada.

Siapa boleh buka MAE Wallet?

MAE Wallet boleh dibuka secara percuma kepada:

  • Pengguna berusia 12 tahun dan ke atas.
  • Pelanggan baharu atau sedia ada.

Perbezaan MAE Wallet dan akaun lain

MAE merupakan e-dompet yang dikeluarkan oleh Maybank dan pengurusnya yang diberi kuasa, Maybank Islamic berdasarkan kontrak Syariah Wakalah (agensi), yang membenarkan pelanggan untuk membuka akaun Maybank e-Wallet serta merta.

Pelanggan baharu MAE Wallet akan menerima:

  • Kad Virtual (terdapat no akaun, tarikh luput dan CVV)
  • Akses Maybank2u

Sementara pelanggan Maybank sedia ada akan menerima nombor akaun baharu, yang dipautkan kepada akses Maybank2u sedia ada.

Dengan MAE Wallet, pengguna lebih mudah untuk memohon melalui aplikasi MAE secara dalam talian pada bila-bila masa .

Kegunaan MAE Wallet

MAE Wallet boleh digunakan bagi tujuan berikut:

  • Pembayaran menggunakan QRPay
  • Bayaran bil dan tambah nilai prabayar
  • Pemindahan ke akaun sendiri atau akaun bank lain
  • Akses kepada ribuan pengebil Maybank2u
  • Beli tiket penerbangan
  • Mengasingkan bil atau meminta wang

Tambah nilai MAE Wallet

Tambah nilai MAE Wallet boleh dilakukan melalui:

  • FPX
  • Kad debit
  • CDM
  • Pemindahan wang daripada akaun Maybank2u atau ATM
  • Pemindahan wang daripada akaun pihak ketiga

Bagi mengetahui cara membuka MAE Wallet, ikut langkah di SINI.

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY