Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank Islam_8

Pengaktifan Perbankan Internet, Go By Bank Islam Melalui ATM Bermula 30 Jun Ini

Diterbitkan Jun 21, 2024 · Dikemas kini Jun 21, 2024 oleh Amalina Athman

Bank Islam hari ini memaklumkan pengaktifan perbankan internet dan Go by Bank Islam perlu dilakukan melalui ATM, berkuat kuasa 30 Jun 2024.

Berkaitan

  • Aplikasi CIMB Clicks Dialih Keluar Dari Gedung Aplikasi Bermula 11 Jun
  • Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Pengalihan Keluar Aplikasi CIMB Clicks
  • Maybank2U MY Tidak Lagi Tersedia Di Gedung Aplikasi Bermula 30 Jun
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Pengaktifan di ATM ini terpakai bagi pendaftaran kali pertama untuk perbankan internet atau Go by Bank Islam serta peranti baharu sahaja. Bermakna, pelanggan yang sudah menggunakan kedua-dua perkhidmatan itu pada peranti sedia ada tidak lagi perlu melakukan pengaktifan.

Menurut Bank Islam, pelaksanaan pengaktifan ini merupakan langkah tambahan bagi mematuhi Bank Negara Malaysia dalam memerangi penipuan.

unnamed (4)

Selain di mesin ATM, pengaktifan juga boleh dilakukan di cawangan Bank Islam, atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan untuk pelanggan di luar negara atau sesiapa yang tidak mempunyai akses ke cawangan dan mesin ATM di talian 603-26900900 atau e-mel di [email protected].

Perlu diketahui, minimum 12 jam tempoh bertenang (cooling period) akan berkuat kuasa serta-merta selepas proses pengaktifan berjaya diselesaikan.

Sumber: Bank Islam (1, 2, 3)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY