Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nvidia us curb

Pendapatan Nvidia Dijangka Terjejas Teruk Dengan Sekatan Eksport Cip AI AS – Penganalisis

Diterbitkan Januari 14, 2025 ยท Dikemas kini Januari 14, 2025 oleh Amalina Athman

Nvidia dijangka bakal menghadapi ancaman besar untuk pendapatannya susulan sekatan eksport terkini oleh Pentadbiran Biden bagi cip kecerdasan buatan (AI), yang bertujuan mengehadkan pengedaran global pemproses canggih itu, menurut penganalisis dan pelabur pada Isnin.

Permintaan yang melonjak untuk cip AI telah menempatkan Nvidia dalam senarai syarikat paling bernilai di dunia, dengan nilai pasaran melebihi $3 trilion (~RM13.5 trilion).

Namun, peraturan baharu yang bakal mengehadkan eksport cip AI ke kebanyakan negara, kecuali sekumpulan kecil sekutu rapat Amerika Syarikat – mungkin menyukarkan Nvidia untuk mencapai pertumbuhan hasil yang dijangkakan pelabur.

“Peraturan ini akan mengehadkan pasaran (Nvidia) dengan ketara memandangkan sebanyak separuh cipnya kini berada di negara yang akan dilarang sebaik sahaja peraturan itu digunakan,” kata penganalisis D.A. Davidson Gil Luria.

Dokumen syarikat menunjukkan bahawa Nvidia memperoleh sekitar 56% pendapatannya daripada pelanggan di luar AS, dengan China menyumbang sekitar 17% daripada jualan.

Rencatkan pertumbuhan ekonomi global

Sementara eksekutif Nvidia Ned Finkle berkata sekatan eksport itu “mengancam untuk merencatkan inovasi dan pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia” dan akan “melemahkan kepimpinan Amerika”.

Finkle berpendapat bahawa peranan utama AS dalam teknologi AI akan terjejas kerana peraturan itu akan mengenakan kawalan birokrasi terhadap cara semikonduktor, komputer, sistem, dan juga perisian AS direka dan dipasarkan secara global.

Selain itu, peraturan berkenaan juga dikritik oleh pihak lain termasuk Persatuan Industri Semikonduktor, sebuah kumpulan pelobi yang mengatakan bahawa langkah itu akan memaksa syarikat AS menyerahkan bahagian pasaran kepada pesaing.

“Dengan mengehadkan akses kepada pemproses canggih dalam kuantiti yang banyak, AS secara efektif menunjukkan kepada dunia siapa yang berkuasa. Bagaimanapun, dengan berbuat demikian, ia juga mengancam untuk mengecilkan potensi pendapatan bagi banyak firma Amerika seperti Nvidia,” kata penganalisis pelabur AJ Bell, Dan Coatsworth.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • NVIDIA Perkenalkan Superkomputer AI Terkecil Di Dunia, Harga Bermula ~RM13,500
  • 78% Pekerja Nvidia Sekarang Dilaporkan Sudah Jadi Jutawan
  • Sekatan Eksport Cip AI AS, Ini Kesan Kepada Malaysia Dan Dunia

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY