Antaranya termasuk beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk pendaftaran dan temujanji bagi mendapatkan vaksin COVID-19. Terkini, rakyat Malaysia sudah boleh mendaftar vaksinasi COVID-19 menggunakan aplikasi MySejahtera.
Pendaftaran vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera sudah tersedia untuk peranti Android dan iOS dengan kemas kini MySejahtera versi 1.0.28.
Daftar vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera
Perlu diketahui, pemberian vaksin COVID-19 adalah secara sukarela tetapi sangat digalakkan bagi membolehkan sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.
Untuk mendaftar, ikuti beberapa langkah di bawah ini.
1. Pastikan aplikasi MySejahtera dikemaskini dengan versi 1.0.28 terlebih dahulu di Play Store dan App Store. Setelah itu, buka aplikasi MySejahtera dan tekan pada "COVID-19 Vaccination" di bahagian tab "MySejahtera".
2. Kemudian, pada bahagian Vaccination, tekan "Vaccine for...". Sahkan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda. Tekan "Edit" jika ingin membuat suntingan dan "Confirm" untuk mengesahkan maklumat tersebut.
3. Seterusnya, tekan butang "OK".
Setelah selesai pendaftaran, anda akan dimaklumkan apabila fasa seterusnya bermula. Sebagai tambahan, anda juga boleh tekan pada butang "CLICK HERE" untuk memberikan maklumat tambahan bagi pendaftaran vaksin.
Untuk makluman anda juga, kumpulan sasaran pemberian vaksin terbahagi kepada tiga fasa seperti jadual di atas.
Berkaitan
- 'Wordmark' Dan Logo Android Berwajah Baharu - Ini Apa Yang Berbeza
- Delivery Hero Batalkan Rundingan Untuk Jualan foodpanda
- iPhone 5C Bakal Disenaraikan Sebagai Produk 'Usang' Pada 31 Oktober
- KWSP Buka Talian Hotline Khas i-Sinar Bermula 21 Disember 2020
- Mac mini Dengan Cip M1 Turut Diumumkan - 60% Lebih Cekap Tenaga
- Mi Curved Gaming Monitor 34" Diperkenal Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM1999
- Pelancaran Global Siri Xiaomi 14 Akan Berlangsung 25 Februari
- Apple App Store Dilapor Akan 'Berpecah Dua'
- Pelancaran Global Siri OPPO Find N3 Akan Berlangsung Minggu Depan
- realme Perlihatkan Telefon Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan