Mac mini baharu ini dimuatkan dengan cip M1, iaitu cip buatan Apple yang berasaskan ARM. Menerusi cip ini, ia menampilkan 8 teras CPU dengan prestasi 3 kali lebih pantas berbanding generasi sebelum ini.
8 teras GPU pula memberikan peningkatan prestasi grafik 6 kali lebih baik, yang membolehkan tugasan berat seperti 3D rendering boleh dilakukan dengan lebih mudah.
Machine Learning melalui 16 teras Neural Engine turut mempunyai prestasi sehingga 15 kali lebih pantas berbanding sebelumnya. Mac mini ini juga mempunyai kecekapan tenaga sehingga 60% lebih baik.
Ia didatangkan dengan sokongan sehingga dua paparan termasuk Apple Pro Display XDR dalam resolusi 6K, serta Wi-Fi 6 dan Secure Enclave.
Antara lain yang dimuatkan pada Mac mini adalah port HDMI 2.0, Ethernet, dua port USB-A, dua port Thunderbolt/USB 4 serta bicu audio 3.5mm.
Mac mini baharu ini ditawarkan pada harga bermula RM2,999 untuk pasaran Malaysia.
Berkaitan
- Nintendo Switch Kini Adalah Buatan Malaysia
- Apple Mahu Gantikan Cip Wi-Fi Dan Bluetooth Dengan Cip Buatan Sendiri Menjelang 2025
- Ini 3 Ciri Baharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia
- Ambil Gambar Pemandangan Menarik Guna Mi Note 10 Untuk Rebut Hadiah Percutian
- Perisian Hasad Terbaharu Android Bolehkan Penggodam Kawal Telefon Pengguna
- Ciri Perlindungan Peranti Dicuri Diperkenal Dalam iOS 17.3, Ini Cara Aktifkan
- iPhone 13 Mungkin Hadir Dengan Rekaan Takuk Lebih Kecil
- Bank Islam Saran Padam Dan Muat Turun Semula Aplikasi GO Untuk Peranti Android
- Arm Umum Seni Bina Cip Baharu, Armv9
- Ini Mungkin Spesifikasi Penuh OPPO Reno 9 Pro Yang Didakwa Tertiris