Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kaedah pendaftaran vaksin covid-19

Ini Adalah 5 Kaedah Pendaftaran Vaksinasi COVID-19, Boleh Dilakukan Bermula Mac Nanti

Diterbitkan Februari 16, 2021 · Dikemas kini Februari 16, 2021 oleh Amalina Athman

Pada hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi telah melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Menerusi buku panduan tersebut, terdapat pelbagai maklumat terkini mengenai dasar Program Imunisasi. Antaranya termasuk kaedah pelaksanaan vaksinasi COVID-19.

Proses pelaksanaan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merangkumi proses dari enrolmen kumpulan sasar mengikut keutamaan bagi setiap fasa yang terlibat sehinggalah pemberian dan pemantauan kesan vaksinasi.

Perlu diketahui, pemberian vaksin COVID-19 adalah secara sukarela tetapi sangat digalakkan bagi membolehkan sasaran pembentukan imuniti kelompok dapat dicapai.

Ia mengguna pakai beberapa kaedah untuk pendaftaran dan temujanji bagi mendapatkan vaksin. Berikut adalah 5 kaedah pendaftaran vaksinasi COVID-19 yang boleh dilakukan bermula Mac 2021:

  1. Pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera.
  2. Menerusi laman sesawang www.VaksinCovid.gov.my.
  3. Menerusi talian hotline yang akan dimaklumkan kemudian. 
  4. Pendaftaran di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta.
  5. Program bantuan (outreach) bagi kawasan luar bandar dan pedalaman.

kaedah pendaftaran

Sementara itu, maklumat temujanji seperti tarikh dan tempat vaksinasi akan dimaklumkan menerusi aplikasi MySejatera, panggilan telefon atau SMS. Untuk lebih lanjut mengenai kaedah-kaedah ini, layari https://vaksincovid.gov.my.

Sumber: JKJAV

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY