Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi Curved Gaming Monitor_04copy

Mi Curved Gaming Monitor 34″ Diperkenal Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM1999

Diterbitkan Ogos 24, 2020 ยท Dikemas kini Ogos 24, 2020 oleh Amalina Athman

Xiaomi hari ini secara rasmi telah mengumumkan ketibaan Mi Curved Gaming Monitor 34″ dalam pasaran Malaysia. Ia merupakan sebuah monitor gaming melengkung bersaiz 34 inci.

harga Mi Curved Gaming Monitor 34

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan resolusi paparan WQHD (3440 X 1440), nisbah 21:9, serta menyokong kadar segar semula 144Hz. Lengkungan paparan pula adalah sebanyak 1500R.

harga Mi Curved Gaming Monitor 34
Mi Curved Gaming Monitor_07copy

Turut disertakan pada monitor gaming ini adalah teknologi panel SVA dan sokongan warna 121% sRGB. Antara ciri lain adalah FreeSync Premium, kecerahan 300 nits dan kontras setinggi 3000:1.

harga Mi Curved Gaming Monitor 34

Mi Curved Gaming Monitor 34″ telah mula dijual secara rasmi di Lazada bermula hari ini, 24 Ogos 2020 dan ditawarkan pada harga RM1999. Monitor gaming ini juga boleh didapatkan menerusi Mi Stores atau mana-mana pengedar yang sah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY