Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Remaja 15 Tahun Antara Ditangkap Guna Fail APK Untuk ‘Scam’

Pencuri Larikan Kabel TM Sepanjang 44.2 Meter Sejauh 100km

Diterbitkan Januari 26, 2024 · Dikemas kini Januari 26, 2024 oleh ariff bukhari

Sekumpulan pencuri yang terdiri daripada 3 orang lelaki telah mencuri kabel milik penyedia rangkaian Telekom Malaysia (TM).

Dengan menggunakan sebuah lori, 3 suspek itu didapati mencuri kabel TM sepanjang 44.2 meter di Paka.

Selepas disedari oleh pihak Polis, suspek telah bertindak memecut lori bagi melarikan diri melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan merempuh penghadang Plaza Tol Paka.

Ketiga-tiga suspek dikejar pihak polis sehingga ke arah Kuala Terengganu sebelum suspek patah balik ke Dungun

Hanya seorang suspek berjaya ditangkap, manakala 2 lagi suspek berjaya melarikan diri.

Adegan kejar-mengejar itu melibatkan jarak hampir sejauh 100km dengan turut berlaku rempuhan di sebuah sekatan jalan raya di dalam kawasan Jerangau.

Pihak polis kini sedang mengesan 2 lagi suspek yang masih bebas. Polis memaklumkan, seorang suspek yang berjaya ditangkap itu didapati memiliki 9 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Berkaitan

  • Pelanggan Celcom, Digi Perlu Tukar Pelan Baharu Untuk Akses 5G Percuma
  • Netflix Bagi 'Hint' Harga Akan Naik Lagi, Pelan Asas Bebas Iklan Akan Ditamatkan
  • Touch ‘n Go e-Wallet Jadi Jenama Pilihan Rakyat Malaysia Tahun 2023

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY