Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maistorage usb

Pencipta USB Flash Pertama Dunia Kembali, Tubuh Syarikat Mikrocip Di Malaysia

Diterbitkan Julai 29, 2025 · Dikemas kini Julai 29, 2025 oleh Amsyar Latif

Dato’ Pua Khein Seng, individu di sebalik ciptaan cip USB flash pertama dunia, kini kembali ke Malaysia dengan menubuhkan syarikat teknologi tempatan yang dikenali sebagai MaiStorage.

MaiStorage memfokus kepada reka cipta mikrocip dan teknologi storan data. Pelancaran syarikat ini turut disertakan komitmen pelaburan berjumlah RM100 juta, serta pemindahan teknologi dianggarkan bernilai RM1 bilion. Syarikat tersebut menyasarkan penyenaraian IPO menjelang tahun 2028.

Pua sebelum ini menubuhkan Phison Electronics di Taiwan selepas cubaannya untuk membawa visi membina hab mikrocip di Malaysia tidak berjaya pada tahun 1999 disebabkan beberapa halangan birokrasi, dasar yang terbatas, dan ekosistem yang belum matang dan bersedia. Kini beliau kembali dengan hasrat untuk menyumbang semula kepada pembangunan industri teknologi negara.

bapa usb
Sumber: FB

Bukan itu sahaja, beliau ingin mengelakkan lebih ramai bakat-bakat Malaysia berhijrah ke luar negara. Oleh yang demikian, Pua menawarkan gaji yang setimpal di mana gaji permulaan RM6,000 untuk graduan baharu, sementara jurutera berpengalaman mencecah 5 angka.

Screenshot 2025-07-29 at 4.26.49 PM

Semakan di platform JobStreet menunjukkan MaiStorage telah mula membuka peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang kompetitif. Antara jawatan yang diiklankan termasuk:

  • Jurutera Perisian: RM4,000 – RM6,000 sebulan
  • Jurutera Perisian Tegar: RM6,000 – RM8,000 sebulan
  • Jurutera AI: RM6,000 – RM8,000 sebulan
  • Intern Pemasaran: RM1,200 – RM1,500 sebulan

Syarikat ini juga memfokus kepada pembangunan bakat tempatan dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menyokong ekosistem teknologi di Malaysia.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Malaysia ‘Top 4’ Dunia Dalam Penggunaan ChatGPT
  • ARM Latih 10 Ribu Jurutera Tempatan, Sasar Cip Rekaan Malaysia

Sumber: FB Nurul Izzah Anwar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY