Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus buds pro 2 (5)

OnePlus Buds Pro 2 Rasmi, Ditala Oleh Hans Zimmer

Diterbitkan Februari 7, 2023 · Dikemas kini Februari 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Selari dengan pelancaran OnePlus 11, sebuah lagi peranti iaitu OnePlus Buds Pro 2 turut dilancarkan. Ia merupakan TWS kelas andalan premium daripada jenama itu.

oneplus buds pro 2 (5)

Buds 2 Pro ini dibangunkan bersama Dynaudio dan hadir dengan ciri Melody Boost Dual Drivers untuk bes yang lebih dalam, vokal yang lebih jelas dan harmoni yang lebih tulen, kata OnePlus.

oneplus buds pro 2 driver

Ia hadir dengan tweeter sebesar 6mm dan woofer 11mm.

Tambah syarikat itu, ia merupakan TWS pertama dengan audio Spatial daripada Google yang dicipta untuk Android 13.

Berkaitan

  • OnePlus Buds Pro 2 Dilancar, Ditala Dynaudio Dan ANC Dipertingkat
  • Rasmi, Ini Tentang Samsung Galaxy S23, S23+, S23 Ultra Yang Anda Harus Tahu
  • POCO X5 Pro Rasmi, Cip Snapdragon 778G Pada Harga Bermula RM1299
  • OnePlus 11 - Snapdragon 8 Gen Dengan Hasselblad Gen 3, Tiba Di Malaysia 14 Februari
  • OPPO Reno8 T 5G Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1,799, Versi 4G Pula RM1,399

Menariknya, OnePlus juga bekerjasama dengan komposer terkenal iaitu Hans Zimmer untuk Master EQ yang tersedia melalui aplikasi HeyMelody. EQ ini dinamakan Soundscape dan ditala khas oleh beliau.

oneplus x hans zimmer

Soundscape ini mempunyai frekuensi yang lebih rendah berbanding tetapan lalai namun masih ‘terang’ dan luas bunyinya, sesuai untuk persembahan orkestra dan menikmati audio pelbagai dimensi dalam filem aksi.

Jadi, jika anda ingin dengar lagu dengan sedikit sentuhan Hans Zimmer, bolehkan gunakan Soundscape.

sounscape hasn zimmer oneplus buds pro 2

3 mod pembatalan hingar aktif (ANC) tersedia dan boleh ditetapkan, juga melalui aplikasi HeyMelody.

Terdapat mikrofon pula ditugaskan untuk pembatalan hingar.

Baterinya bekasnya sebesar 520mAh mampu bertahan sehingga 9 jam.

Melalui aplikasi sama juga, anda boleh dapatkan bunyi berdasarkan bentuk saluran telinga di mana ada ujian akan dilakukan dalam HeyMelody.

oneplus 11 dan buds pro 2

Setakat percubaan kami, Soundscape ini masih belum tersedia. Mungkin akan mula boleh didapati dalam masa beberapa hari lagi.

OnePlus Buds Pro 2 terdapat dalam 2 warna iaitu Arbor Green dan Obsidian Black.
comparison oneplus buds 2 pro

Kalau OnePlus 11 mempunyai kemasan berkilat, Buds Pro 2 pula sebaliknya kerana mempunyai kemasan kusam atau matte. Ia nampak agak premium dengan rekaan bucu seakan-akan MacBook.

Buat masa ini, harga untuk pasaran Malaysia masih belum didedahkan kerana ia akan dilancarkan pada 14 Februari ini bersama-sama OnePlus 11.

Di India, ia dijual pada harga 11,999 rupee bermula 14 Februari.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY