Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Pad

Disebut-Sebut Sebagai Pesaing iPad, Tablet Pertama OnePlus Bakal Rasmi Tahun Depan

Diterbitkan November 15, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Perancangan untuk siri tablet sulung daripada OnePlus seringkali diperkatakan dan kini menerusi perkhabaran terbaru, ia bakal dirasmikan pada 2023. OnePlus bukan sahaja memiliki produk telefon pintar sahaja malah smart TV serta gajet yang boleh dipakai juga dikeluarkan oleh mereka.

Max Jambor memuat naik di Twitter bahawa OnePlus Pad sedang berada di dalam proses pembuatannya dan bakal lancar pada tahun hadapan. Namun, tarikh terperinci masih lagi belum diketahui.

OnePlus has a tablet in development.
Launch is scheduled for next year! #OnePlusPad

— Max Jambor (@MaxJmb) November 14, 2022

Memandangkan syarikat ini mempunyai saingan yang kuat dengan telefon pintar Apple, ada kemungkinan yang OnePlus Pad bakal bersaing dengan iPad.

Pada Mei yang lalu, peranti OnePlus yang dipanggil sebagai “OnePlus Reeves” telah memasuki fasa percubaan di India. Berkemungkinan besar bahawa peranti itu ialah OnePlus Pad dan harganya bermula dengan 2,999 Chinese yuan (RM1,941.42).

Peranti ini dikatakan mempunyai paparan 12.4 inci full-HD+ OLED dan dilengkapi dengan chipset Snapdragon 865 dan RAM sebesar 6GB.

Memandangkan chipset ini agak berusia dan ketinggalan, pengguna berkemungkinan akan melihat pemprosesan yang berlainan serta baharu selepas ini.

OnePlus Pad juga dikatakan akan dilengkapi dengan kamera belakang dual, termasuk 13MPI sensor utama dan 5MP sensor sekunder.

Siri tablet ini mempunyai bateri yang berkuasa 10,090 mAh dan menyokong pengecasan pantas berkuasa 45-watt.

Walaupun dengan pelbagai jenis berita mengenai peranti yang bakal hadir ini, masih lagi tiada pengesahan secara rasmi oleh syarikat OnePlus sendiri.

Sumber: Digitaltrends

Gambar Utama: Digitaltrends

Berkaitan

  • realme 10 Sudah Rasmi Untuk Pasaran Global - Skrin Super AMOLED, Cip Helio G99
  • vivo X90 Akan Dilancarkan Pada 22 November Ini
  • Wiko Bawakan Fon Putik Pula Ke Pasaran Tempatan - Wiko Buds 10
  • Battlefield Mobile Versi Beta Sudah Boleh Dimuat Turun Pengguna Malaysia
  • Google Wallet Rasmi Di Malaysia, Ini Bank Yang Sokong Dan Cara Pasang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY