Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi XRING 01_3

Penantian 10 Tahun Bakal Berakhir, Xiaomi Lancar Cip SoC Pertama Hujung Bulan Ini

Diterbitkan Mei 16, 2025 ยท Dikemas kini Mei 19, 2025 oleh Amalina Athman

Selepas lebih sedekad berusaha dalam pembangunan cip, Xiaomi akhirnya bersedia untuk memperkenalkan cip SoC telefon pintar yang dibangunkan sendiri, iaitu XRING O1.

Dalam kenyataan di Weibo, CEO Xiaomi Lei Jun mendedahkan bahawa pelancaran cip ini dijadualkan pada hujung Mei nanti. Difahamkan, perjalanan Xiaomi dalam membangunkan cip bermula sejak September 2014 – satu usaha jangka panjang yang kini membuahkan hasil.

Xiaomi XRING 01_2

Buat masa ini, maklumat rasmi mengenai spesifikasi cip XRING O1 masih terhad. Namun, menurut laporan GizmoChina yang merujuk kepada kebocoran terbaru, cip ini dikatakan dibina menggunakan proses 4nm TSMC.

Dengan pelancaran XRING O1, Xiaomi bakal menyertai barisan jenama terkemuka dunia seperti Apple, Samsung dan Huawei – menjadi antara empat jenama global, serta satu daripada dua jenama di China, yang memiliki cip pemproses rekaan sendiri untuk telefon pintar.

Berkaitan

  • Xiaomi Dilapor Akan Perkenal Cip Sendiri Pada Tahun Depan
  • Xiaomi Dilapor Akan Guna Cip Sendiri Untuk Peranti Tahun Depan
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Xiaomi, Huawei & BBK Mungkin Bangunkan OS Sendiri Tanpa Google
  • Xiaomi, Jenama Telefon Pintar No.1 Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY