Sebelum ini telah tular bahawa grafik dari Intel Tiger Lake ini mampu untuk memainkan permainan Battlefield V dalam fps 30 stabil untuk tetapan rendah. Perlu diingatkan ia merupakan satu pencapaian yang sangat bagus kerana ia adalah cip grafik terbina dan bukannya grafik berasingan seperti Nvidia atau AMD Radeon.
https://youtu.be/XgPnGttOlkE
Terkini, terdapat perbandingan yang dilakukan dengan membandingkan prestasi grafik ini kepada grafik jenis khusus iaitu Nvidia MX350. Melaluinya, boleh dikatakan prestasi grafik Xe adalah lebih kurang sahaja dengan MX350. Grafik Tiger Lake Xe mampu mencatat markah OpenCL sebanyak 59845 manakala MX350 pada 59828.
Ia merupakan kemenangan besar untuk Intel memandangkan ia mampu menghasilkan prestasi menggagumkan sebegini untuk sesebuah grafik terbina
Intel Tiger Lake ini merupakan binaan dari 10nm dan dijangka akan dimuatkan dalam kebanyakan ultrabook tidak lama lagi. Acer Swift 5 yang terbaharu dikatakan telah menggunakan cip ini namun setakat ini tiada ujian prestasi dilakukan untuk mengiyakannya.
Sumber: TUM_APISAK
Berkaitan
- Intel Umum Butiran Mengenai Cip Pemprosesan Grafik 7nm "Ponte Vecchio"
- Nvidia RTX 3070 Dan RTX 3080 Diperkenalkan - Lebih Berkuasa Dari RTX 2080 Ti Namun Harga Jualan Lebih Murah
- Mod Astrofotografi Hadir Secara Rasmi Untuk Google Pixel Generasi Lama
- Microsoft Surface Pro 7+ Kini Di Malaysia Bermula RM4,115 - Sokongan LTE, Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar
- Google Mengimbau Kembali Memori Perit Isu Bateri Nexus 6P Dengan Mereplikasi Masalah Sama Buat Pengguna Pixel 3
- Peranti Pixel Lama Akan Dapat Fungsi Menarik Setiap Bulan Menerusi Kemaskini 'Feature Drop'
- Lepak Bersama Komuniti Google Pixel Malaysia - Peluang Berjumpa Dengan Xavier Naxa
- Nvidia GeForce RTX 3060 Ti Dijangka Akan Diperkenalkan Pada 17 November Ini
- MSI Modern 15 Dan Modern 14 Dilancarkan Dengan Cip Intel Gen-11 Dan Grafik Nvidia MX450
- Google Disaman, Dikatakan Menipu Iklan Testimoni Positif Pixel 4