Acer Swift 5 Dilancarkan Dengan Cip Intel Tiger Lake Dan Grafik Nvidia MX350

Siri Swift merupakan penawaran komputer riba ringan dan nipis. Terbaru, Acer hari ini telah mengumumkan model Acer Swift 5 yang baru menggunakan cip Intel Gen-11 Tiger Lake yang terkini.

Rekaan komputer riba ini juga dikemaskini dengan bezel nipis keliling skrin nisbah 90%, panel 14 inci FHD IPS berserta Corning Gorilla Glass, dan juga pilihan warna baru iaitu Mist Green. Satu lagi pilihan warna yang ditawarkan ialah Safari Gold.



Ciri utama komputer riba ini adalah cip pemprosesan terbarunya yang dilengkapi dengan grafik terbina berasaskan senibina Intel Xe. Selain itu terdapat juga pilihan Nvidia GeForce MX350. Pilihan RAM adalah sehingga 16GB LPDDRAX dan storan dalaman 1TB PCIe SSD.

Hadir dengan berat bawah 1KG dan nipis 14.95mm, komputer riba dihasilkan dari bahan binaan magnesium-lithium dan magnesium-lithium untuk pengalaman premium dan ringan.

Baterinya adalah berkapasiti 56Wh dan mampu bertahan sepanjang hari menurut Acer. Antara ciri lain adalah sokongan Thunderbolt 3. USB 3.2 Gen 2, Wi-Fi 6, dan Bluetooth 5.0.



Acer Swift 3 buat permulaan ini mula dijual di Amerika Syarikat bermula pada harga 999USD (~RM4,270) bulan Oktober nanti.

Sumber: Acer

Beli komputer riba Acer di -
Lazada: https://invol.co/clpieb