Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (29)

Mod Astrofotografi Hadir Secara Rasmi Untuk Google Pixel Generasi Lama

Diterbitkan November 7, 2019 oleh Meor Hasyim

Google Pixel 4 mempunyai beberapa inovasi kamera baharu seperti Dual Exposure, Live HDR+ dan mod astrofotografi. Sesetengah daripada fungsi kamera tersebut hanya terbatas kepada peranti tersebut sahaja. Namun, untuk fungsi mod astrofotografi, fungsi itu telah hadir secara rasmi kepada pengguna.

Sebelum ini terdapat mod tidak rasmi di mana pengguna boleh memuat turun aplikasi kamera yang berasaskan kepada Pixel 4. Namun, fungsi ini akhirnya hadir secara rasmi untuk pengguna Pixel generasi lama. Untuk menggunakan fungsi mod astrofotografi tersebut, pengguna seharusnya memuat turun aplikasi kamera Google versi 7.2 yang terkini.

https://www.youtube.com/watch?v=f27SJOBm4sY

Fungsi astrofotografi terbina dalam Night Sight di mana peranti akan merakam dan mencantumkan beberapa shot untuk mendapatkan tangkapan dengan exposure yang bersih, juga dengan tahap hingar yang minimal. Dengan fungsi ini, pengguna Pixel 3a, Pixel 3a XL, Pixel 2, Pixel 2 XL, Pixel 3 dan juga Pixel 3 XL boleh menikmati tangkapan bintang yang cantik pada waktu malam. Untuk Pixel dan juga Pixel XL, dengan limitasi perkakas, nampaknya anda mungkin terpaksa memakai mod tidak rasmi aplikasi kamera Google tersebut.

Sumber: Android Authority

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY