Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Modern 15 Dan Modern 14 Dilancarkan Dengan Cip Intel Gen-11 Dan Grafik Nvidia MX450

MSI Modern 15 Dan Modern 14 Dilancarkan Dengan Cip Intel Gen-11 Dan Grafik Nvidia MX450

Diterbitkan September 4, 2020 oleh Meor Hasyim

Memfokuskan rekaan nipis dan ringan untuk kategori mampu milik, siri Modern dari jenama MSI kini telah menaik taraf kepada perkakas lebih terkini dengan Intel Gen-11.

Terdapat 2 buah model yang diumumkan iaitu Modern 15 dan Modern 14. Seperti namanya, dua model ini dibezakan dari segi skrin panel 15.6 inci dan juga 14 inci dalam resolusi Full HD.

MSI_NB_Modern 15_Urban Silver_photo01
MSI Modern 15

Untuk grafik, terdapat 2 pilihan iaitu Nvidia GeForce MX450 dan Intel Iris Xe Graphics.

RAM adalah sehingga 32GB manakala storan pula berasaskan M.2 SSD PCIe Gen4.

Modern 15 hadir dengan berat 1.6kg manakala Modern 14 lebih ringan dengan 1.3kg sahaja.

MSI_NB_Modern14(B)_Beige Mousse_photo02
MSI Modern 14

Komputer riba hadir dengan Thunderbolt 4, slot pembaca kad microSD, Wi-Fi 6 dan papan kekunci LED putih.

Buat masa ini MSI tidak lagi mengumumkan harga jualannya.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY